Malaysia
SPRM dedoh 10 orang artis ini akan dipanggil untuk bantu kes Macau Scam
MALAYSIA: Seramai 10 artis dan selebriti lagi dalam senarai terbaru akan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram membabitkan kumpulan cuci duit haram dan perjvdian dalam talian.
Sumber berkata, semua artis terbabit akan diminta hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi memberi keterangan.
“Mereka termasuk dua artis wanita dan lelaki yang juga pengacara dan pelakon terkenal.
“Ramai lagi akan dipanggil kerana mereka diperlukan untuk membantu siasatan penipuan Macau Scam dan jvdi dalam talian,” katanya.
Menurutnya, semalam SPRM memanggil sembilan lagi individu termasuk dua lelaki yang juga Instafamous selepas hampir dua minggu tempoh diberikan agensi itu untuk tampil memberikan keterangan secara sukarela.
“Semua mereka yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu dirakam percakapan pada 3 petang semalam. Mereka adalah rakan kepada isteri suspek utama.
“Ada yang hadir di pejabat SPRM, ada yang diambil keterangan di luar,” katanya.
Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.
Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.
“Tidak kira selebriti atau siapapun dan mana-mana pihak yang pernah menerima (dana sindiket) daripada individu yang ditahan SPRM, mereka diminta tampil sebelum kami panggil,” katanya.
Pada awal Oktober lalu, beberapa selebriti termasuk pelawak dan penyampai radio terkenal dipanggil agensi berkenaan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram.
SPRM Telah Panggil 2 Artis Popular
Dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan antara beberapa artis dijangka dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung aktiviti pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjvdian dalam talian.
Artis lelaki dan wanita itu akan dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM selepas tiada artis diminta tampil memberi keterangan secara sukarela.
Menurut sumber, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih 1 juta pengikut di laman sosial.
“SPRM sudah memberi tempoh masa kepada individu terbabit untuk tampil, namun mereka berdua termasuk individu lain yang dipercayai ada kaitan dengan sindiket ini gagal hadir memberi keterangan.
“Susulan itu, SPRM akan memanggil mereka dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.
Harian Metro sebelum ini melaporkan, walaupun masa dan peluang diberikan, artis serta selebriti disyaki terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram Macau Scam enggan tampil membantu siasatan.
Sumber berkata, walaupun sebelum ini SPRM meminta individu pernah menerima wang dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan cuci wang oleh sindiket Macau Scam dan juudi dalam talian untuk tampil, belum ada berbuat demikian.
Pada 8 Oktober lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki meminta semua selebriti dan ahli perniagaan terbabit dengan aktiviti pengubahan wang haram supaya tampil membantu siasatan.
Menurutnya, arahan itu bagi mengelakkan SPRM menahan mereka yang berkenaan dalam masa terdekat.
Shanaaz Bantu SPRM
Pelakon Sharnaaz Ahmad sedia memberi kerjasama jika dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram oleh sindiket Macau Scam dan perjuudian dalam talian .
Bagaimanapun, Sharnaaz atau nama sebenar, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, memberitahu, setakat ini, dia belum menerima arahan mana-mana pihak, biarpun ada yang mendakwa dirinya menjadi antara selebriti yang dikatakan bakal dipanggil SPRM.
“Setakat ini, belum ada sesiapa dari SPRM yang menghubungi saya. Lagipun, kalau mereka hendak panggil, ia tidak akan beritahu lebih awal.
“Tahu-tahu sahaja sudah berada di sana. Bagaimanapun, sama ada dipanggil atau tidak, saya akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkenaan,” katanya kepada BH Online.
Sharnaaz mengaku ketika isu itu dibangkitkan, dia pernah menghubungi SPRM untuk memberi keterangan.
“Cuma saya tidak boleh hendak kongsi maklum balas SPRM berhubung penjelasan saya itu kerana ia sulit dan peribadi,” katanya.
Ditanya apakah isu itu memberi impak negatif kepada perniagaan kedai minuman yang diusahakannya, pelakon filem Jebat ini berkata, kesannya lebih kepada jenama.
“Alhamdulillah, perniagaan saya seperti biasa dan tiada apa-apa yang berlaku. Cuma daripada segi jenama, ia agak terjejas. Bagi saya, kita tak perlu takut kalau kita tidak salah. Kita hanya berada pada masa dan tempat yang silap.
“Hendak kata buat salah, tiada siapapun yang buat salah.
“Kita tak boleh menghakimi orang. Walaupun dia pakai baju warna oren, selagi mahkamah tak jatuhkan hukum, kita tak boleh kata mereka itu bersalah. Mereka hanya dipanggil untuk disoal siasat sahaja,” katanya.
Terdahulu, Harian Metro Online melaporkan dua artis terkenal yang terbabit dalam bidang lakonan dan pengacaraan, antara beberapa artis dijangka dipanggil ke pejabat SPRM untuk memberi keterangan selepas tiada selebriti tampil secara sukarela.
Menurut sumber Harian Metro Online, dua individu terbabit menjalankan perniagaan dan mempunyai lebih sejuta pengikut di laman sosial.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera