Malaysia
Kes Macau Scam 13 Pegawai Kanan Polis termasuk Ketua Jabatan telah dipanggil SPRM
MALAYSIA: Untuk pengetahuan semua sehingga 11.20 malam 10 oktober 2020 seramai 13 pegawai kanan polis dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram.
Sumber SPRM berkata dua daripada mereka adalah ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan di sebuah kontinjen polis negeri, masing-masing berpangkat ACP.
“Tiga lagi pegawai kanan ialah ketua polis daerah yang dua daripada mereka berpangkat ACP manakala seorang lagi berpangkat superintendan.
TERKINI SPRM Tahan Ketua Polis Daerah Dan Pegawai Bukit Aman
“Selain itu, lapan lagi pegawai polis dipanggil untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan,” katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Zamri Yahya berkata pihaknya memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota yang ditahan.
Semua pegawai dan anggota polis terbabit disyaki menyalah guna kuasa dengan melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang dan lain-lain.
Dalam pada itu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.
Pada 8 Okt lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat dami yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.
SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.
Sebelum ini, SPRM memanggil pasangan artis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram terbabit.
– Bernama
SEBELUM INI KETUA POLIS NEGARA MNTA S1ASAT PERKARA INI
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjud1ian dalam talian dan pengubahan wang haraam sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.
Katanya, beliau sudah mengarahkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Jabatan Siasatan Jnayah dan Jabatan Siasatan Jnayah Komersial untuk melakukan siasatan serta membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Ketiga-tiga pengarah itu sedang jalankan tindakan masing-masing,” katanya kepada Bernama.
Abdul Hamid berkata Jabatan Siasatan Jnayah juga diarahkan membantu SPRM dalam siasatan kes itu.
Beliau berkata, masih banyak yang sedang disiasat SPRM dan mereka memerlukan ruang serta waktu untuk meneruskan siasatan kes berkenaan.
Abdul Hamid berkata demikian bagi mengulas siasatan terhadap 17 pegawai dan anggota pasukan keselamatan itu oleh SPRM berkaitan sindiket perjud1ian dalam talian dan pengubahan wang haaram.
Kelmarin, Bernama melaporkan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata pihaknya mengesan ratusan syarikat dami yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.
SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haaram.
Hari ini, sembilan pegawai kanan polis termasuk beberapa Ketua Polis Daerah dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan kes itu.
SPRM Tahan Pegawai Kanan dan Ketua Polis Daerah
Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) menahan beberapa pegawai kanan polis yang bertugas di Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.
Setakat ini, beberapa Ketua Polis Daerah (KPD) dan tiga pegawai dari Bahagian Siasatan Jenyah Daerah serta seorang pegawai Unit Perjvd1ian (D7) Bukit Aman, ditahan dan dipanggil untuk siasatan lanjut berhubung dakwaan melindungi aktiviti kegiatan perjud1ian dalam talian yang dikendalikan oleh kartel tempatan sehingga terbabit dalam pengubahan wang haaram.
Sumber berkata, SPRM turut memanggil beberapa pegawai kanan dalam Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) untuk membantu siasatan serta rakaman percakapan.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera