Connect with us

Malaysia

20 Pegawai dan Anggota PDRM Disyakii terliibat Macau Scam ditvkar Tempat Kerja Buat Wargamaya Bngang

Published

on

20 Pegawai dan Anggota PDRM Disyakii terliibat Macau Scam ditvkar Tempat Kerja Buat Wargamaya Bngang

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Lebih 20 anggota, pegawai termasuk pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditukar kerana disyaki mempunyai kaitan dengan individu yang ditahan bagi membantu siasatan sindiket jvdi dalam talian dan Macau Scam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika mengesahkan perkara itu hari ini berkata, langkah menukarkan anggota dan pegawai terbabit adalah tindakan pertama pihaknya dalam mengambil tindakan terhadap mereka yang bersekongkol dengan penjenyah.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi pegawai PDRM yang akan dikenakan tindakan selepas ini berhubung perkara itu.

“Sudah diambil tindakan. Tindakan pertama ialah menukarkan mereka dari tempat sensitif. Tindakan kedua sekiranya ada bukti-bukti lain kita akan ambil tindakan selanjutnya.

Kes Macau Scam 13 Pegawai Kanan Polis termasuk Ketua Jabatan telah dipanggil SPRM

Gambar Sekadar Hiasan

“Tidak silap saya ada 20 (orang). Akan keluar lagi (pertukaran). Tak ada apa yang sensasinya jika perkara seperti ini. Kalau berlaku, kita siasat. Bila ada faktanya, kita ambillah tindakan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau ditemui selepas melakukan kunjungan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini.

Abdul Hamid sebelum ini dilaporkan berkata semua pegawai dan anggota yang bakal ditempatkan di Bahagian Maksiat, Jvdi dan Kngsi Geelap (D7), Jabatan Siasatan Jenyah (JSJ) dan Jabatan Siasatan Jenyah Narkotik (JSJN) akan disaring oleh Jawatankuasa Khas yang ditubuh di Bukit Aman bagi memastikan mereka yang bakal ditempatkan di bahagian ‘panas’, mempunyai integriti yang tinggi.

Kes membabitkan pegawai kanan polis itu dikesan susulan penahanan beberapa selebriti dan usahawan kosmetik oleh SPRM bagi membantu siasatan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mengubah atau ‘mencuci wang haram’ daripada sindiket Macau Scam dan pengendali jvdi dalam talian.

Terdahulu Abdul Hamid mengunjungi Tun Abdullah bagi memaklumkan status siasatan kes berhubung penyebaran berita palsu kemaatiian bekas perdana menteri itu.

Jelasnya, dua individu termasuk penulis artikel telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung penularan berita berkenaan.

“Pihak polis melakukan siasatan dan daripada siasatan itu kita dapati apa yang ditulis tidak mempunyai niat tidak baik…salah komunikasi, tersilap. Kita sudah mengambil tindakan memanggil penulis artikel berkenaan dan semuanya sudah selesai,” katanya.

Pada 10 Ogos lalu, Pegawai Khas Abdullah Datuk Jefridin Atan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya, berhubung penyebaran berita palsu sebanyak dua kali dalam masa seminggu yang menurutnya tidak boleh dipandang ringan, kerana ia membabitkan hal berkaitan perdana menteri kelima itu.

5,218 kes Macau Scam, rvgi RM256 juta

Melaka: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 5,218 kes sindiket penipuan Macau Scam di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, yang membabitkan jumlah kerugian menjangkau sehingga RM256 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,676 kes berjaya ditumpaskan dan 1,420 kes pula sudah dituduh di mahkamah di seluruh negara.

“Mangsa yang paling ramai adalah wanita iaitu lebih 3,000 kes dan kebanyakan daripada mereka berumur lebih 51 tahun. Pada kebiasaannya mangsa yang tertipu berada dalam keadaan tertekan dan takut akan ditangkap dan dilokap, selain risau hartanya akan dirampas.

“Jangan jawab panggilan tidak dikenali, namun sekiranya sudah dijawab, apabila diminta memindahkan duit ke dalam akaun mana-mana jabatan kerajaan, tidak perlu berbuat demikian kerana kerajaan tidak pernah memberi arahan kepada orang awam memindahkan wang daripada satu akaun ke akaun lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Melaka dan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka, di sini hari ini.

Terdahulu, Datuk Abdul Majid Mohd Ali dilantik menjadi Ketua Polis Melaka yang baharu menggantikan Datuk Mat Kasim Karim yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Sementara itu, Abdul Majid berkata, sejumlah 169 pegawai dan anggota polis di Melaka menjalani kuarantin sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu sehingga semalam, susulan mempunyai kontak rapat dengan orang awam yang terdedah dengan jangkiitan Cooviid-19.

Katanya daripada jumlah itu, 164 orang didapati bebas daripada jangkitan tersebut, manakala lima orang lagi masih menunggu keputusan ujian saringan yang dijalankan Kementerian Kesihatan selain terdapat juga sedang di bawah pengawasan di hospital dan di rumah.

Dalam pada itu, Abdul Majid, 58, berkata, beliau akan menggunakan pengalaman 38 tahun dalam pasukan PDRM sebelum ini untuk mencapai empat misi yang akan dilaksanakan di Melaka.

“Saya akan memfokuskan kepada meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepolisan kepada masyarakat, jati diri sumber manusia berasaskan integriti iaitu bersih, bukan kepada rasuah tetapi membuat kerja dengan betul dan mengembalikan keyakinan masyarakat kepada perkhidmatan pasukan polis.

“Pada peringkat awal ini, keutamaan saya kepada negeri Melaka adalah untuk (memrngi) Cooviid-19 kerana ia menjadi hasrat kerajaan dan negeri ini, selain itu saya akan memimpin petugas barisan hadapan (polis Melaka) untuk mengembalikan Melaka kepada Zon Hijau,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu