Connect with us

Malaysia

20 TAHUN H1DUP GELANDANG4N

Published

on

20 TAHUN H1DUP GELANDANG4N

Kuching: Selepas menjadi gelandangan di Sibu selama 20 tahun, Salmah Adik, 70, akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya di Labuan, esok.

Warga emas itu dibawa pulang menerusi Misi Khas Insani dilaksanakan Sukarelawan Jalanan Sarawak dan Persatuan Amal Kebajikan Insan Sejagat Sarawak.

Pengerusi Sukarelawan Jalanan Sarawak, Suraina @ Suria Adenan berkata, mereka akan mengiringi Salmah menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Sibu ke Lapangan Terbang Miri, dan seterusnya ke Lawas.

Beliau berkata, misi membawa pulang Salmah turut mendapat kerjasama daripada Hospital Sibu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kuching, Sibu, Lawas, Labuan), Jabatan Imigresen Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Detik ini menyaksikan peranan pertubuhan, jabatan dan agensi yang terbabit dalam Misi Khas Insani ini sehinggalah Salmah kembali ke pangkuan keluarganya,” katanya hari ini.

Nasib Salmah mendapat perhatian selepas dia dimasukkan ke Hospital Sibu pada 8 Januari lalu, hasil keprihatinan orang awam.

Sepanjang mendapat rawatan di Hospital Sibu, dia dirujuk ke Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu dan usaha mencari waris disiarkan di media.

Susulan itu, Sukarelawan Jalanan Sarawak berjaya menjejak keluarga Salmah di Labuan.

Salmah berasal dari Labuan datang ke Sibu pada 20 tahun lalu untuk melancong namun begnya yang mengandungi dokumen pengenalan diri dir4agVt.

Sejak itu, dengan capaian teknologi yang terhad, Salmah menjadi gel4ndangan.

Dia pernah membuat laporan polis mengenai kehilangan dokumen namun akibat banjir besar melanda Sibu, laporan polis itu hilang.

Sejak itulah dia menjalani hidup dengan mengambil upah sesuai kudrat dan usia di mana saja.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu