Connect with us

Malaysia

21 Kereta Mewah dirmpas SPRM, Pegawai Imigresen Juga Peroleh 500 hingga RM6000

Published

on

21 Kereta Mewah dirmpas SPRM, Pegawai Imigresen Juga Peroleh 500 hingga RM6000

MALAYSIA: Putrajaya: Hadiahkan ‘koleksi’ kereta mewah kepada segelintir kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang terbabit dengan sindiket penyalahgunaan pengesahan cop keluar dan masuk di pintu utama negara.

Ini dibuktikan apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi operasi Ops Selat bertindak merampas 21 kenderaan mewah pelbagai model miliki kakitangan JIM yang diberkas sejak Isnin lalu.

Antara model kereta dirampas membabitkan Nissan Skyline R35, Subaru, Toyota Alphard, Hyundai Starex, Honda Accord, Mitsubishi Lancer dan pelbagai kenderaan import lain.

Sumber berkata, semua 21 kenderaan mewah bernilai jutaan ringgit itu kini disita di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk siasatan lanjut.

“Turut disita 4 motosikal berkuasa tinggi milik kakitangan JIM ditaahan reman terbabit.

“Siasatan susulan dilakukan SPRM turut menemui wang tunai berjumlah RM132,000 selain turut menyita wang di dalam akaun bank milik kakitangan JIM berjumlah RM616,499,” katanya.

Menurutnya, SPRM amat serius dalam membongkar kegiatan rasuah susulan penahanan 27 anggota JIM, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

“Siasatan mendapati ejen atau orang tengah ini menggunakan wang dan kenderaan mewah untuk ‘membeli’ hati kakitangan terbabit bagi memudahkan urusan keluar masuk pekerja warga asing bermasalah dari negara ini sejak 2017,” katanya.

Sumber berkata, siasatan SPRM menerusi operasi khas mendapati sindiket ejen warga asing ini sudah membelanjakan RM14.5 juta untuk menyogok pegawai imigresen sejak 4 tahun lalu.

“Ini dibuktikan apabila ada antara kakitangan JIM berpangkat rendah ditaahan memiliki wang simpanan dalam jumlah tidak masuk akal serta kenderaan mewah. Bagi mengaburi pihak berkuasa, individu dikenal pasti sebagai orang tengah atau ejen kegiatan haram ini mendaftarkan kenderaan mewah menggunakan nama individu lain.

“Ini jelas melangkaui pendapatan individu terbabit yang hanya menduduki Gred KP19,” kata sumber itu kepada Harian Metro.

Mengikut laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), gaji minima gred KP19 bagi klasifikasi perkhidmatan keselamatan dan pertahaanan awam adalah RM1,360 dan maksimum RM4,052 tidak termasuk bayaran elaun.

“Malah, siasatan turut menjurus kepada kehidupan mewah dikecapi termasuk kerap melancong ke luar negara,” katanya.

Menurutnya, SPRM kini meneruskan usaha memburu dua lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes rasuah berkenaan dapat dikesan.

“Sehingga kini (semalam), lelaki terbabit Yuen Hon Loong, 49, dan Teo Hun Siang, 36, masih gagal ditemui,” katanya.

Menerusi Op Selat, SPRM berjaya memberkas 46 individu pada Isnin lalu.

Melalui laporan Harian Metro bermula Rabu lalu, kakitangan JIM itu disogok susulan banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka.

Imigresen ‘makan’ RM500 hingga RM6,000 seorang

Kuala Lumpur: Sindiket menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara lumpuh apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 46 orang termasuk 27 pegawai Imigresen dalam operasi besar-besaran semalam.

Operasi khas yang dinamakan Op Selat itu merupakan ‘sting operation’ yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia hasil risikan dan pemantauan selama enam bulan di pintu masuk dan keluar negara khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Bangunan Sultan Ismail Johor Bahru.

Menurut sumber SPRM, kesemua mereka ditaahan di sekitar Putrajaya, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak, dengan 13 orang termasuk sembilan pegawai Imigresen direman di Johor manakala 23 lagi direman di Putrajaya hari ini.

“Ahli sindiket yang ditahaan termasuk 27 pegawai Imigresen, 14 ejen pekerja asing dan lima orang awam yang bertindak sebagai orang tengah berusia antara 21 dan 46 tahun.

“Sindiket ini telah menjalankan aktiviti mereka sejak setahun yang lalu dan berada di bawah radar pemantauan SPRM sejak bermulanya penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lepas,” kata sumber itu.

Menurut sumber, aktiviti rasuah dalam kalangan anggota sindiket itu menjadi lebih rancak sepanjang PKP dikuatkuasakan dan ia menumpukan pekerja asing dan pekerja tanpa izin yang terkandas di negara ini akibat PKP.

“Banyak permintaan daripada majikan untuk melanjutkan tempoh izin berada di negara ini dan permintaan pekerja asing atau migran untuk pulang ke negara asal mereka.

“Modus operandi sindiket ini ialah menerusi dua kaedah iaitu flying pasport atau pasport terbang iaitu ejen akan mengumpul pasport pekerja asing atau migran yang menggunakan pas lawatan sosial untuk bekerja yang telah tamat tempoh untuk dicap keluar dan masuk bagi membolehkan visa lawatan disambung,” katanya.

Sumber berkata, hanya pasport yang sampai di pejabat imigresen tanpa kehadiran pemilik pasport sebagai pengesahan keluar atau masuk sepertimana yang disyaratkan.

“Modus operandi yang kedua ialah setting counter khususnya di KLIA dan klia2, iaitu pendatang tanpa izin yang disenaraihitamkan, yang telah tamat tempoh visa perjalanan dikenakan bayaran antara RM500 hingga RM6,000 seorang untuk bebas masuk dan pulang ke negara masing-masing.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Norazlan Mohd Razali berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu