Connect with us

Malaysia

Kes cov-19 meningkat, 28 Mukim kini dikenakan PKPD bermula malam ini – Ismail Sabri

Published

on

Kes cov-19 meningkat, 28 Mukim kini dikenakan PKPD bermula malam ini - Ismail Sabri

MALAYSIA: Dalam beberapa hari ini kes cov-19 meningkat naik di Malaysia apabila 2 hari lepas Malaysia kembali mencatatkan 3 angka kes harian positif cov-19.

Negeri Kedah antara negeri yang mencatatkan kes aktif tertinggi pada masa ini. Disebabkan itu, kerajaan telah mengumumkan 28 mukim di Kota Setar dikenakan PKPD.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran akan dilaksanakan di 28 mukim di daerah Kota Setar, Kedah.

Ia akan berkuat kuasa mulai 12.01 tengah malam ini sehingga 25 September depan.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan membabitkan 366,787 penduduk.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua individu termasuk yang ingin keluar masuk untuk bekerja juga tidak dibenarkan di kawasan PKPD berkenaan.

Katanya, keputusan itu diambil dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam selepas mengambil kira peningkatan kes Kluster Sungai dan Tawar di daerah itu.

“Pelaksanaan itu juga, selaras cadangan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor supaya PKPD Secara Pentadbiran dilaksanakan di kawasan jangkitan CoV-19 kepada Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keselamatan Negeri CoV-19.

“Keluar masuk daerah adalah dilarang dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan kawalan dan sekatan jalan raya.

“Feri jeti Kuala Kedah juga tidak dibenar beroperasi dan orang ramai boleh mencari alternatif lain seperti melalui jeti di Kuala Perlis.

“Selain itu, kemasukan melalui pintu masuk antarabangsa di Bukit Kayu Hitam, Kedah dihentikan sehingga tamat PKPD pentadbiran Kota Setar ini,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Ismail Sabri berkata, majikan perlu mengambil maklum arahan ini memandangkan pekerja tidak dibenarkan keluar masuk untuk bekerja.

“Kerajaan berharap pekerja tidak akan diambil tindakan kerana tidak datang bekerja.

“(Mereka) Boleh bekerja dari rumah,” katanya.

Menurutnya, semua aktiviti sukan, sosial, budaya adalah dilarang.

Malah, katanya, institusi berkaitan pendidikan termasuk Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska), sekolah rendah dan menengah, universiti akan ditutup manakala sesi pengajian di institut latihan kemahiran turut ditangguhkan.

“Hanya premis menyediakan perkhidmatan perlu sahaja seperti kedai makan, runcit, hospital, klinik dan stesen minyak yang dibenarkan beroperasi.

“Tempoh operasi untuk restoran adalah 8 pagi hingga 8 malam dan hanya take away (bungkus bawa balik) dibenarkan.

“Operasi hospital dan klinik dibenarkan 24 jam manakala farmasi sehingga 8 malam. Operasi pasar malam dan pasar tani tidak dibenarkan,” katanya.

Ismail Sabri berkata, hanya ketua keluarga dan seorang individu dari sebuah rumah dibenarkan keluar membuat pembelian.

Katanya, kenderaan membawa produk keperluan seperti lori bawa ikan, sayur dan beras dibenarkan keluar masuk, namun lori lain tidak dibenarkan.

“Bagi kes kecemasan seperti sakit dan kematian, mereka dibenarkan untuk keluar zon tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa terlebih dahulu,” katanya.

“Masjid dan rumah ibadat lain diarahkan tutup sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Sementara itu, PKPD di Aman Jaya, dilanjutkan selama tiga hari sehingga 13 September 2020 kerana saringan belum selesai.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu