Malaysia
Cucî Duît Hãrãm: 3 pegawai dan 5 anggota Polis Ditahan dengan RM100 ribu dijumpai di Rumah
MALAYSIA: Dalam kemaskini terbaru yang dibuat oleh Harian Metro Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) menemui wang tunai RM100,000 di rumah salaah seorang pegawai polis yang ditahn semalam dipercayai terbabit dalam sindiket `cuci duit’ dikaitkan dengan perniagaan golongan artis.
Sumber berkata, selain pegawai berkenaan, pihaknya turut menahan enam lagi pegawai dan anggota dalam beberapa siri penahanan semalam dan hari ini.
“Seramai tiga pegawai kanan ditahn manakala lima lagi adalah anggota lain-lain pangkat.
“SPRM menemui wang tunai RM100,000 di rumah salah seorang pegawai yang ditahn bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, hari ini seorang anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ditahn dipercayai kenalan kepada lelaki bergelar ‘Datuk’ yang ditahn sebelum ini.
“Dia ditahn tengah hari tadi di IPK Selangor selepas keterangan diambil Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.
Guna Artis “Cuci Duît Hãrãm”. Hafiz Mohd Dileepas tanpa îkat Jamin. Rupanya Dia Orang Hebat
“Anggota berkenaan ditahn bagi membantu siasatan berhubung siasatan kes berkenaan dan pembabitannya di dalam kumpulan sindiket itu,” katanya kepada Harian Metro.
Harian Metro sebelum ini melaporkan wujud kegiatan menggunakan populariti artis untuk menjalankan aktiviti ‘mencuci’ duit harãm melalui pelbagai usahasama dan perniagaan sah.
Itu antara kegiatan segelintir individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan harãm termasuk perjvdian sebelum memerangkap segelintir artis tempatan dengan menawarkan bantuan modal untuk memulakan perniagaan.
Kaedah itu dianggap mampu mengaburi mata pihak berkuasa selain membolehkan keuntungan diperoleh hasil kerjasama pelbagai bentuk pelaburan yang disertai bersama.
Bagaimanapun, kegiatan mereka itu dikesan Bahagian Penceghan Pengvbahan Wang harãm (AML) SPRM hasil risikan dan siasatan dijalankan sebelum lima individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk dan Datuk Seri ditahn.
Susulan itu tiga lagi lelaki ditahn kemudian bagi membantu siasatan.
SPRM ambil keterangan Shuib Sepahtu
Kes ini bermula dengan pihak SPRM mengambi keterangan Shuib Sepahtu. Syarikat pengurusan Shuib Sepahtu mengesahkan pelakon dan pelawak itu memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM), hari ini.
Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohamad Rom berkata, hanya Shuib memberi keterangan kepada SPRM, manakala isterinya, Siti Sarah Raissuddin sekadar menemani suaminya.
“Buat masa ini, Shuib dan Sarah tidak akan memberikan kenyataan rasmi berikutan tidak mahu mengganggu siasatan SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara.
“Namun, apa yang dapat dipastikan, Shuib memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk membantu siasatan. Hanya setakat itu penjelasan yang dapat diberikan,” katanya.
Nana berkata, pihak pengurusan juga sedang menunggu perkembangan selanjutnya daripada SPRM.
BH Online melaporkan pasangan suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan terkenal, adalah antara individu yang dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang harãm.
Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas dijemput di kediaman mereka kira-kira jam 4 pagi tadi.
Sumber berkata, hingga jam 7.30 malam ini, suami artis terbabit yang juga usahawan dan penghibur, masih berada dalam siasatan.
Siasatan kes berkenaan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang harãm (AMLA) SPRM.
Selepas itu 3 lagi ditaahan oleh SPRM
Tiga individu dipercayai ahli perniagaan direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haraam membabitkan artis dan selebriti tanah air.
Ini menjadikan lapan individu ditahan setakat ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasvah Malaysia (SPRM) menahan lima individu termasuk ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan Datuk, semalam.
Sumber berkata tiga lelaki terbabit ditahan di kediaman mereka di sekitar ibu negara, semalam hasil risikan dan maklumat berhubung pembabitan mereka.
Katanya, seorang lagi lelaki bergelar Datuk Seri pula dipanggil untuk dirakam keterangannya bagi membantu siasatan.
Selain itu, beberapa lagi artis dan selebriti kini dalam perhatian SPRM dan mungkin turut dipanggil memberi keterangan.
BH hari ini melaporkan SPRM menyiasat sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang disyaki ‘mencuci’ ratusan juta ringgit diraih daripada kegiatan mereka dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tempatan.
Menurut sumber, dalang utama sindiket berkenaan dipercayai rakyat China, tetapi menggunakan ‘ejen’ di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘membersihkan’ wang hasil penipuan.
Semalam, SPRM memperoleh perintah menahan reman selama lima hari ke atas lima individu yang disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haraam menggunakan modus operandi berkenaan.
Mereka termasuk dua wanita dipercayai memainkan peranan penting melaburkan wang hasil aktiviti pelaburan Macau Scam dan judi dalam talian dalam perniagaan diusahakan selebriti terkenal tanah air.
Kelmarin, SPRM memanggil suami isteri artis dan selebriti yang juga usahawan bagi membantu siasatan berhubung kes itu.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera