Connect with us

Resepi

5 Resepi ringkas untuk Sahur korang

Published

on

Alhamdulillah selesai sudah hari pertama berpuasa pada tahun ini. Apa perasaan anda selepas sehari berpuasa dan macam mana anda atur makan sahur dan berbuka anda ? Insha Allah pada bulan ini, kami akan kongsikan kepada anda semua resepi-resepi ringkas yang boleh anda buat sepanjang ramadhan ini.

Berikut adalah 5 resepi ringkas untuk sahur yang sedap

NASI GORENG KAMPUNG

BAHAN-BAHAN:

5 cawan nasi putih (6 orang makan)
3 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Belacan sebesar ibu jari (kalau tak suka belacan boleh ganti dengan serbuk ikan bilis)
Cili padi (10 tangkai)
2 biji telur ayam
Sayur apa pun boleh kalau tiada kangkung
1 cawan ikan bilis
Potongan ayam/daging (ikut suka sebagai perencah)
Perasa – Garam, gula, satu sudu sos tiram & kicap
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  • kan bilis digoreng dahulu dan asingkan.
  • Tumis bawang merah, bawang putih, cili padi, ayam yg dipotong kecil serta belacan.
  • Biar naik bau dan layu boleh masukkan telur.
  • Kacau sampai rata dan masukkan nasi tadi.
  • Gaulkan sebati dan boleh masukkan garam, gula, sos tiram serta kicap.
  • Akhirnya masukkan sayur serta ikan bilis yang siap digoreng tadi.
  • Masak sampai betul rata perasanya.
  • Ada orang suka berkicap ada yang tak suka. Terpulang ikut citarasa masing – masing.

Sardin Telur

BAHAN-BAHAN:

1 tin kecil sardin
4 biji telur ayam
50gm cili giling
1/ 2 ulas bawang merah besar | dicincang
20gm cendawan | dihiris
1 sudu makan kicap
1 sudu makan asam jawa | dibancuh bersama 50ml air
Sedikit daun sup
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dan goreng telur mata. Ketepikan seketika.
  2. Dengan menggunakan kuali yang sama, tumis bawang merah dan cili giling hingga masak.
  3. Kemudian masukkan hirisan cendawan dan juga ikan sardin.
  4. Masukkan air asam jawa, gula dan garam secukup rasa.
  5. Tambahkan sedikit kicap dan juga daun sup. Tuangkan diatas telur yang telah digoreng tadi.

NASI GORENG BIASA

BAHAN-BAHAN:

175gm nasi putih
2 ulas bawang putih |ketuk
3 sudu makan cili boh
1 biji telur
100gm isi ayam | potong nipis
100gm udang | bersihkan
100gm sotong | hiris
100gm sawi | potong
100gm kubis cina | potong
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis secukupnya
CARA MEMASAK:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  • Pecahkan dan masukkan telur, garam , isi ayam, sotong, udang, hirisan sawi dan kubis cina. Gaul seketika.
  • Setelah itu masukkan nasi gaul hingga rata.
  • Angkat dan sedia dihidangkan.

NASI GORENG AYAM

BAHAN-BAHAN:

175gm nasi putih
2 ulas bawang putih – ketuk
3 sudu cili boh
1 biji telur
100gm sawi – potong
100gm kubis cina – potong
garam secukupnya
1 ketul ayam ( paha / dada )
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK

  • Untuk memasak nasi goreng; Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah diketuk bersama cili boh sehingga naik bau.
  • Masukkan telur, garam, sawi dan kubis cina.
  • Masukkan nasi gaul hingga rata. Angkat dan ketepikan.
  • Untuk memasak ayam, panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap bersama serbuk kunyit dan garam. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi goreng.

AYAM KICAP CILI PADI BERSERAI

BAHAN-BAHAN:

1kg ayam | potong kecil, cuci bersih dan tos
3 batang serai | titik
12 biji cili padi | hiris memanjang
2 biji bawang besar | hiris bulat
3 ulas bawang putih | titik
3cm halia muda | hiris memanjang
2 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan air asam Jawa
Garam,gula dan perasa secukupnya
4 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih,halia, cili padi dan serai hingga wangi.
  • Masukkan ayam kacau rata. Tunggu ayam kecut dan tambah sedikit air.
  • Biarkan isi ayam empuk dan air ayam kering sedikit baru masukkan kicap pekat dan air asam Jawa.
  • Seterusnya masukkan kicap manis, diikuti dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
  • Setelah timbul minyak dan kuah kering, tutup api.
  • Ayam sedia dihidangkan.
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu