Connect with us

Malaysia

5725 Kes Harian, PKP 1.0 Wajar Dilaksanakan

Published

on

MALAYSIA: PUTRAJAYA – Kes baharu hari ini melonjak kepada 5,725 kes, sekali gus angka tertinggi dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Cooviid-19 mencecah 203,933 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,268 kes adalah penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Cooviid-19 pula merekodkan sebanyak 45,478 kes.
“Sebanyak 16 kes kem a tian turut dilaporkan dan jumlah kes kem a tian Cooviid-19 di Malaysia mencatatkan 733 kes.

“Selain itu, terdapat 3,423 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Cooviid-19 sebanyak 157,722 kes,” katanya menerusi ciapan pada twitter rasmi beliau di sini hari ini.

Kes cov-19 akan naik secara mendadak, Kadar kini 1.6 - Dr Noor Hisham

Ujarnya, terdapat 301 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 115 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

CADANGAN KERAJAAN SEBELUM INI

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik Cooviid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Darurt Cooviid-19 secara dalam talian, Dr Noor Hisham yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Cooviid-19 yang semakin meruncing kini.

“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.

“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi,” katanya.

Semua negeri kecuali Sarawak kini sedang menjalani PKP 2.0 hingga 4 Februari ini. – MalaysiaGazette

Total lockdown? Kerajaan kaji kesan kesihatan dan ekonomi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan sama ada kerajaan akan memperketat atau melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya ditentukan selepas Kementerian Kesihatan membuat penilaian risiko pandemik Cooviid-19.

Keputusan yang akan dilaksanakan selepas PKP berakhir 4 Februari ini juga ditentukan selepas KKM mengadakan perbincangan menyeluruh dengan semua pihak serta keputusan oleh Sidang Majlis Keselamatan Negara.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, ada pihak mendakwa kerajaan akan melaksanakan total lockdown selepas PKP tamat dan penyebaran berita dengan tanda pagar #Malaysialockdown telah menimbulkan kebimbanga orang ramai sehingga ada yang bertindak membuat pembelian panik.

Malaysia tiada pilihan lain, Terpaksa laksanakan PKP sekiranya kes cov-19 cecah 3 angka

“Semalam Ketua Pengarah Kesihatan membayangkan bahawa pada 4 Februari nanti, besar kemungkinan PKP Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan semula.

“Pengumuman tersebut disambut dengan pelbagai reaksi denga ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju,” katanya.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, susulan daripada itu ada yang mencadangkan supaya total lockdown diperkenalkan seperti PKP pertama dahulu dengan menutup semua aktiviti perniagaan dan duduk di rumah.

Namun, katanya, ada yang tidak bersetuju khususnya para peniaga mikro yang akan terkesan. Mereka mahu sektor perniagaan dibuka untuk mencari rezeki demi kelangsungan kehidupan seharian mereka.

Menurut beliau, dalam membuat sebarang keputusan, kerajaan sentiasa menimbang antara kesan kesihatan dan ekonomi terhadap rakyat dan negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu