Connect with us

Malaysia

“Adik Amir Datang ke dalam Mimpi Mak Angkat”, Buat Wargamaya Sebak

Published

on

Adik Amir Datang ke dalam Mimpi Mak Angkat, Buat Wargamaya Sebak

MALAYSIA: Hasrat keluarga angkat untuk menuntut Jenaazh Amir tidak kesampaian setelah pihak keluarga kandung bertegas mahu arrwwah di kebumikan di Melaka.

Namun keluarga angkat redha dengan keputusan waris Amir yang dipanggil Adik. Mereka tetap bersyukur kerana pihak waris memberi kerjasama membenarkan mereka untuk mengiringi pengebumian Amir.

ibu kandung yang sentiasa memeluk bantal busuk arrwwah

Ketibaan Jenaazh menggunakan van disediakan masjid kariah Simpang Bekoh itu turut diiringi beberapa ahli keluarga kandung dan keluarga angkat mnngsa.

Polis dilihat mengawal ketat kawasan madrasah dan tanah perkuburan dengan hanya ahli keluarga serta beberapa penduduk kampung dibenarkan memasuki kedua-dua lokasi berkenaan.

Wakil media yang membuat liputan pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan atas permintaan keluarga kandung.

LIVE: Sekitar pengebumian arrwwah Adik Amir Qusyairi di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Melaka hari ini.

(Temuramah ibu kandung puan Norlida minit ke 58 yang menceritakan anak lelakinya bermimpi arrwwah meminta mereka untuk disegera pengebumiannya )

Jasin: “Adik minta dikebumikan cepat. Itu permintaan dia kepada abangnya dalam mimpi malam tadi,” kata Norlida Abu Hassan, ibu angkat kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mnnggl dunia dipercayai dideer4a ibu kandung dan bapa tirinya, Jumaat lalu.

Norlida, 50, yang mesra dipanggil Ummi berkata, kehadiran ‘anak syurga’ berkenaan dalam mimpi seorang daripada dua anak lelakinya, malam tadi, membuatkan hatinya tenang dan reda jasad kanak-kanak itu dikebumikan di kampung ibu kandungnya.

Meskipun sebelum ini beliau meminta supaya Jenaazh berkenaan dikebumikan di Rawang, Selangor, keluarganya reda apabila keputusan tidak menyebelahi mereka, lalu merelakan jasad ‘anak bongsunya’ itu dikebumikan di Jasin.

“Alhamdulillah, Adik dah selamat dikebumikan dan saya reda apa yang berlaku. Terima kasih kepada keluarga kandung dia yang bekerjasama dengan Ummi sehingga selesai (Jenaazh dikebumikan),” katanya yang sebak ketika ditemui selepas menghadiri pengebumian kanak-kanak itu di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Kampung Simpang Bekoh, di sini, hari ini.

Menceritakan keadaan Jenaazh kanak-kanak itu sewaktu proses pengecaman dan bedah siasat semalam, Ummi berkata, wajah arrwwah ‘segar’ seolah-olah bukan seperti orang sudah mnnggl dunia dalam tempoh empat hari.

“(Sepanjang menjaganya) dia selalu tidur dengan saya, peluk saya sebelum tidur. Sebelum tidur dia akan tengok wajah saya dan saya tengok wajah dia.

“Wajahnya (selepas mnnggl dunia) tenang dan bersih, sama seperti apa yang saya tengok hari-hari (sebelum ini).

“Saya berjanji dengan dia dalam hati untuk datang semula ke pusaranya lagi. Insya-Allah saya akan selalu datang sini. Tolong doakan untuk arrwwah Adik ya,” katanya.

Kanak-kanak terbabit ditemui mnnggl dunia di kediamannya di Taman Krubong Jaya, Paya Rumput, di sini dalam sebuah tong air berketinggian 60.9 sentimeter pada 4 petang, Jumaat lalu.

Siasatan polis mendapati, hasil pemeriksaan fizikal terhadap mayat mnngsa menemui kesan lebam dan kecedeer4aan di beberapa anggota badan, sebelum mayat kanak-kanak itu dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca keemaat1ian.

Hasil bedah siasat semalam mendapati, terdapat banyak kesan lebam serta beberapa kecedeer4aan lama dan baru di badan kanak-kanak terbabit.

Selain itu, terdapat kesan luka kecil sepanjang tiga sentimeter di belakang kepala yang dipercayai baru berlaku ke atas mnngsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman, dilaporkan berkata, pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca keemaat1ian mnngsa sama ada disebabkan dideer4a atau leem4s.

Beberapa spesimen seperti jantung, hati dan paru-paru mnngsa dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Sementara itu, ahli keluarga kandung arrwwah enggan bertemu dengan media, malah turut menghalang media untuk merakam gambar pengebumian kanak-kanak terbabit.

Cerita adik amir menarik perhatian wargamaya yang s1mpati dengan nasib yang diterima oleh kanak-kanak tersebut.

Ramai yang mengatakan ketulusan mak angkatnya tiada tolak bndingnya. Dan ada juga yang mengatakan bahawa adik Amir sudah melihat syurga dan tidak sabar untuk ke sana.

Sumber:Hmetro/BHarian/Facebook

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu