Connect with us

Malaysia

Agong bakal umum Darurat, Ini Penjelasan Muhyiddin Yassin

Published

on

Agong bakal umum Darurat, Ini Penjelasan Muhyiddin Yassin

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan bahawa kehidupan rakyat dan pengundi di Parlimen Batu Sapi, Sabah tidak akan terjejas dengan pengisytiharan darurat yang diumumkan Yang di-Pertuan Agong, hari ini.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, langkah itu diambil hanyalah bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat daripada pandemik Cooviid-19.

“Kehidupan rakyat di Batu Sapi tidak akan terjejas dengan perisytiharan darurat ini. Tidak ada perintah berkurung atau pemerintahan ala tentera di Batu Sapi.

“Pentadbiran kerajaan, kegiatan ekonomi dan aktiviti sosial dapat diteruskan tertakluk kepada amalan norma baharu dan peraturan serta prosedur standard operasi (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sedang berkuat kuasa di Sabah,” katanya dalam perutusan khas mengenai PRK Batu Sapi, hari ini.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong (YDPA) Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengisytiharkan darurat bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen (P.185) Batu Sapi, Sabah sebagai langkah proaktif untuk membendung wabak Cooviid-19.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini di mana ada keperluan itu untuk membatalkan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi yang ditetapkan pada 5 Disember ini.

Tidak perlu Isytihar Daarurat - Agong. Jangan ganggu Perdana Menteri

Pengisytiharan itu dibuat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan suatu Ordinan dimashyurkan di bawah Fasal (2B) Perkara 150 untuk membatalkan tarikh yang telah ditetapkan bagi menjalankan PRK bagi P.185 Batu Sapi, Sabah.

Berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah pemilih berdaftar P.185 Batu Sapi adalah 32,962 orang dan sejumlah 3,170 orang daripadanya beralamat di luar bahagian Parlimen ini, termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Di samping itu, dianggarkan sejumlah 16,000 pemilih beralamat umum, iaitu tiada nombor rumah, dan akan menyukarkan pelaksanaan Undi Pos.

Daripada 32,962 pengundi berdaftar bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.185 Batu Sapi, seramai 7,377 orang atau 22.3 peratus adalah pengundi berumur 60 tahun ke atas.

Dalam perkembangan sama, Muhyiddin juga menjelaskan, Jemaah Menteri membuat keputusan menasihati YDPA supaya mengisytiharkan darurat setelah bermesyuarat pada 13 November lalu

“Jemaah Menteri mengambil kira kesan penularan Cooviid-19 di Sabah susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan pada September lalu.

“Data menunjukkan pada 12 September lalu, iaitu pada hari penamaan calon PRN Sabah, kes kumulatif Cooviid-19 di Sabah berjumlah 808 kes.

“Pada 26 September, iaitu pada hari mengundi, kes kumulatif Cooviid-19 di Sabah telah meningkat kepada 1,547 kes, iaitu peningkatan sebanyak 91.5 peratus.

“Situasi penularan Cooviid-19 di Sabah menjadi lebih bvruk apabila peningkatan berlaku secara mendadak dalam tempoh empat minggu selepas hari mengundi,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Agong isytihar darurat di Parlimen Batu Sapi

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan Proklamasi Darurat di Parlimen Batu Sapi, sekali gus membatalkan pilihan raya kecil kerusi itu.

Proklamasi darurat berdasarkan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dilakukan selepas memperhalusi penjelasan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempersembahkan nasihat beliau susulan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri berhubung perkara itu.

“Dengan pengisytiharan ini juga, apa-apa prosiding yang telah bermula bagi maksud perjalanan PRK bagi P185 Batu Sapi tidak akan diteruskan dengan tujuan mengekang dan menghalang daripada berlakunya gelombang keempat penularan wabak koronavirus (Cooviid-19) dan satu tarikh yang lain akan ditetapkan untuk PRK tersebut.

“Maka dengan itu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat bagi P185 Batu Sapi, Sabah dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Cooviid-19,” demikian menurut kenyataan Istana Negara hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon PRK Batu Sapi pada 23 November manakala hari pengundian pada 5 Disember dan pengundian awal pada 1 Disember.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong pada 2 Oktober akibat jangkitan paru-paru.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan itu berkata, Al-Sultan Abdullah amat prihatin terhadap keselamatan rakyat ekoran kenaikan mendadak beberapa kluster baharu dan kes positif harian Cooviid-19 di negara ini sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada 26 September.

“Sehubungan itu, Seri Paduka Baginda berpendapat bahawa amatlah wajar PRK ini dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara,” katanya.

Beliau berkata, perkenan Yang di-Pertuan Agong itu dilakukan dengan mengambil iktibar dan pengalaman daripada PRN Sabah yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan Cooviid-19 di Malaysia.

Ahmad Fadil berkata, perkenan Seri Paduka itu juga mengambil kira jumlah pemilih berdaftar yang tinggal di luar kawasan Parlimen Batu Sapi yang akan merentas daerah dan negeri untuk pulang mengundi.

Berdasarkan data SPR, jumlah pemilih berdaftar Parlimen Batu Sapi adalah 32,962 orang dan sejumlah 3,170 orang daripadanya beralamat di luar bahagian Parlimen itu, termasuk di Semenanjung dan Sarawak.

Di samping itu, dianggarkan sejumlah 16,000 pemilih beralamat umum iaitu tiada nombor rumah dan akan menyukarkan pelaksanaan undi pos.

Kementerian Kesihatan merekodkan peningkatan mendadak sehingga 148.4 peratus iaitu 3,842 kes kumulatif pada 10 Oktober lalu selepas dua minggu hari mengundi PRN Sabah.

Kes positif harian Cooviid-19 kekal melonjak dua minggu berikutnya dengan peningkatan sehingga 193.7 peratus iaitu sebanyak 11,285 kes kumulatif yang dicatat pada 24 Oktober.

Terdahulu, Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri di Istana Negara dan mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Pertemuan pada jam 4 petang itu berlangsung selama satu jam.

Berhubung dengan peningkatan mendadak kes Cooviid-19, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat agar terus berdisiplin dan memainkan peranan masing-masing dalam membendung penularan wabak itu serta mengajak seluruh rakyat untuk bersama Seri Paduka berdoa agar wabak Cooviid-19 berakhir segera.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan dan sanjungan tinggi kepada wira dan wirawati barisan hadapan atas ketabahan dan pengorbanan menjalankan tanggungjawab tanpa mengira masa dan penat lelah.

“Seri Paduka dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa Cooviid-19 dan berharap mereka tabah menghadapi dugaan,” kata Ahmad Fadil. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu