Malaysia
TERKINI Hampir semua Negeri Catat Kes Aktif Cov 19. Dr Noor Hisham Beri Gambaran
MALAYSIA: Hampir semua negeri mencatatkan kes baharu jangkitan CoV-19 dalam tempoh 24 jam lepas sehingga 12 tengah hari ini, dengan jumlah kes sebanyak 89.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 86 kes merupakan penularan tempatan sekali gus menjadikan jumlah kes positif ialah 11,224 dengan kebolehjangkitan 1,121 kes.
Memperincikan kes baharu tersebut, Sabah mencatat 35 kes, Kedah (13), Selangor (10), Johor (lapan), Sarawak (empat), Kuala Lumpur (tiga), Terengganu (tiga), Pahang (dua), Kelantan (dua), Perlis (dua), Negeri Sembilan (satu), Perak (satu), Pulau Pinang (satu) dan Labuan (satu).
Bagi tiga kes import, ia melibatkan dua dari Belanda dan satu dari Indonesia, masing-masing di Kuala Lumpur.
“Daripada 86 kes tersebut (jangkitan tempatan), sebanyak 25 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 Sept adalah sebanyak 88 kes,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata terdapat dua kemaat1ian berkaitan CoV-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 136 kes.
Menurutnya kes keemaat1ian ke-135 (iaitu kes ke-11,207) merupakan lelaki warganegara berumur 46 tahun yang mempunyai penyakit knc1ng man1is, jntung dan bvah pinggang.
“Kes mula mengalami gejala sejak 21 Sept kemudian mengalami sesak nafas dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah pada 28 Sept.
“Keadaan kes didapati merosot dan disahkan men1inggl dunia pada hari yang sama pada 6.15 petang. Hasil saringan CoV-19didapati positif,” katanya sambil menambah bagi kes kemaat1ian ke-136 (iaitu kes ke-11,185), mangsa adalah lelaki warganegara berumur 70 tahun yang mempunyai penyaak1it baarah peringkat akhir.
“Kes telah meen1inggl dunia di rumah pada 26 Sept dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Tawau, Sabah. Hasil saringan CoV-19 didapati positif pada 29 Sept,” katanya.
Beliau turut memaklumkan terdapat 28 kes sembuh menjadikan jumlah keseluruhan pulih ialah 9,967 kes manakala 16 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiga kes memerlukan bntuan pernaafasan.
— BERNAMA
CoV-19: Empat kes dicatat di Sarawak, tiga daripadanya dari Sabah
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media CoV-19 hari ini memaklumkan terdapat pertambahan empat kes positif CoV-19 baharu di negeri itu.
Menurutnya, keempat-empat kes adalah diklasifikasikan sebagai kes import (B), di mana jangkitannya berasal dari luar Sarawak.
“Kes pertama melibatkan seorang wanita warga tempatan tiba dari Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Miri pada 28 September 2020.
“Ujian rT-PCR rawak yang dilakukan pada tarikh sama mendapati kes positif CoV-19,” ujarnya.
Tambahnya, tiga kes Import (B) yang lain melibatkan warga tempatan yang datang dari Sabah, masing-masing atas urusan berlainan.
“Kes kedua merupakan warga tempatan yang tiba dari Papar.
“Kes melibatkan pelajar sebuah institut kemahiran di Miri yang memasuki negeri ini menerusi Kota Kinabalu,” dedahnya.
Jelas Uggah, keputusan ujian saringan pertama pada 24 September 2020 yang dijalankan ke atas pelajar berkenaan adalah negatif.
Bagaimanapun, keputusan ujian rT-PCR di Miri mendapati mangsa positif CoV-19. Dedah Uggah lagi, pelajar berkenaan juga sebelum ini mengadu mengalami selesema.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera