Connect with us

Malaysia

Anggota Tentera Mnngal Dunia Digilis Bas bawa Banduan

Published

on

MALAYSIA: KOTA BHARU – Seorang anggota tentera dari Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas maauut digilis bas milik Jabatan Penjara Malaysia yang dalam perjalanan membawa 32 banduan di Kampung Dendang Ketereh di sini pada tengah hari Khamis.

Mangsa, Mohamad Nazerin Yahaya, 24, mengalami kecederaan parah di kepala dan mennggl dunia di lokasi dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah hari.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi mengesahkan kejadian.

Akan Dikemaskini nanti

Berita Lain: Anggota TUDM maauut digilis lori

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maauut digilis lori apabila terjatuh di atas jalan selepas motosikalnya hilang kawalan di jalan yang digenangi air dalam kejadian di Jalan Kuching dekat sini, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya, berkata mangsa Mohd Husaini Mohd Nasir, 28, dalam perjalanan dari arah Selayang ke Kem Tentera Udara Subang mennggal dunia di tempat kejadian.

“Kira-kira pukul 4.42 petang, semasa hujan, mangsa yang menggunakan lorong paling kiri yang turut dipenuhi air tiba-tiba hilang kawalan menyebabkan motosikalnya memasuki lorong paling kanan jalan.

“Sebuah lori yang turut melalui laluan kanan dipercayai sudah melepasi motosikal berkenaan sebelum pemandunya menyedari terlanggar sesuatu di bahagian tayar sebelah kiri.

“Pemandu lori kemudiannya menemui mangsa dalam keadaan tertiarap di atas jalan dengan kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sementara kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu