Connect with us

Malaysia

Daruurat, Anwar Ibrahim Mula Dkwa Kerajaan Sekarang Halang Proses Peralihan Kuasa

Published

on

MALAYSIA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa khuatir dengan laporan kerajaan akan melaksanakan perintah daruurat.

Beliau mendakwa, tindakan tersebut adalah untuk menghalang proses Parlimen.

“Hari ini, kita mempunyai kerajaan yang tidak kukuh dan gagal untuk menunjukkan sokongan majoriti dalam Parlimen dan menggunakan isu krisis pandemik k0ronaviirus (Cooviid-19) sebagai alasan untuk terus kekal berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Muhyiddin menghadap Agong

Tatkala desas-desus pelaksanaan daruurat akan dilaksanakan kerajaan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sumber mengesahkan kepada Sinar Harian sesi menghadap itu diadakan di Istana di Pahang.

“Iya. Perdana Menteri datang ke Pahang” katanya.

Al-Sultan Abdullah kini berada di Kuantan, Pahang dan menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Imam Ash-Shafie KotaSAS.

Terdahulu, spekulasi mengenai untuk pengisytiharan daruurat bagi menangani pandemik CoV-19 kian memuncak selepas Mesyuarat Khas Kabinet diadakan hari ini.

a difahamkan antara inti pati yang dibincangkan dalam mesyuarat khas kabinet pagi tadi.

Meskipun menteri yang ditemui selepas mesyuarat tersebut enggan membuka mulut, portal berita melaporkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Muhyiddin Yassin itu bersetuju membuat proklamasi atau pengisytiharan daruurat untuk menangani wabak pandemik CoV-19.

Pada 18 Oktober lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan jangkitan baharu CoV-19 akan mencecah 1,300 menjelang hujung bulan ini.

Unjuran terdahulu ia berdasarkan nilai R0 atau kebolehjangkitan semasa yang berada pada kadar 1.5, susulan peningkatan kes baharu wabak terbabit ketika ini.

Kita tidak gila kuasa buat pilihan raya negeri, kata Abang Johari

Dalam laporan lain, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan mempertimbangkan antara kesihatan awam dan keperluan untuk mendapatkan mandat baharu sebelum mengadakan pilihan raya negeri.

Sebagai Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menerajui kerajaan negeri, beliau berkata, pandemik koronavirus (CoV-19) telah menimbulkan situasi yang sukar dan rumit untuk beliau memutuskan mengenai pilihan raya negeri kerana setiap faktor perlu diambil kira.

“Saya tertakluk kepada nasihat pakar… terutama mengenai kesihatan (awam). Maksud saya, kita tidak tergila-gila kuasa (untuk mengadakan pilihan raya), (tetapi) apa yang penting ialah perlu ada kerajaan yang mempunyai mandat bukan hanya untuk mengurus CoV-19 (tetapi) untuk menguruskan negara dan ekonomi,” katanya.

Abang Johari berkata demikian pada sidang media di sini hari ini sebagai respons kepada kebimbangan orang ramai mengenai kesesuaian untuk mengadakan pilihan raya negeri dalam keadaan semasa yang menyaksikan peningkatan jumlah kes CoV-19.

“Bagi kami, kami perlu melihat kedua-dua belah pihak, kerana kami tidak dapat meramalkan, jika (angka harian kes) CoV-19 kita (tetap pada) satu digit dan kami tertakluk pada nasihat Kementerian Kesihatan sama ada boleh atau tidak (mengadakan pilihan raya negeri),” katanya.

Abang Johari yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, tempoh bagi GPS memerintah negeri ini sebenarnya sehingga April 2021 dengan pembubaran automatik Dewan Undangan Negeri pada Jun.

Beliau berkata, meneliti perkembangan di negara-negara seperti New Zealand, Singapura, Korea Selatan dan Myanmar yang telah mengadakan pilihan raya walaupun masih menghadapi ancaman CoV-19.

Pada masa yang sama, beliau mengakui keadaan CoV-19 di Sabah setelah pilihan raya negeri tetapi menegaskan bahawa situasi Sarawak untuk mengadakan pilihan raya berbeza daripada negeri jirannya itu.

“Sabah berbeza, tetapi saya tidak mahu seperti di Sabah kerana kesihatan rakyat juga penting. Pada masa yang sama kita juga memerlukan mandat,” katanya.

GPS dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 apabila PBB dan tiga parti lain yang berpangkalan di Sarawak – Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) – memutuskan untuk keluar Barisan Nasional dan membentuk gabungan sendiri. – Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu