Umum
Azizuddin mnggal dunia
MALAYSIA: KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) menyifatkan pemergian bekas jurulatih kebangsaan, Azizuddin Khan Omar Khan yang meng hem bus na fas terakhir awal pagi ini sebagai satu kehi la ngan besar buat arena sukan berkenaan.
Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail berkata, Allahyarham sememangnya terkenal dengan sifat tegas namun pada masa sama berbudi bahasa dan mudah disenangi setiap insan di sekelilingnya.
“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Allahyarham banyak berjasa dalam melahirkan pemain Pulau Pinang dan pemain kebangsaan selain pernah menjadi jurulatih di Sarawak pada satu ketika dulu.
“Segala jasa Allahyarham tetap akan dikenang dan saya yakin anak didiknya sudah pasti menerima banyak ilmu bermanfaat daripada beliau. Bagi saya, Allahyarham seorang yang tegas tetapi berbudi bahasa, peramah dan penyayang,” kata Ahmad ketika dihubungi.
Allahyarham dilaporkan menghe mbus na fas terakhir disebabkan sa kit tua pada jam 4 pagi tadi di rumahnya di Taman Free School, Pulau Pinang pada usia 84 tahun.
Jenazah Allahyarham selamat dise mad ikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak Pulau Pinang.
Untuk rekod, Allahyarham pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan dan belia, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Sarawak dan pasukan wanita Bengkalis, Indonesia.
Antara pemain yang pernah dilatih Allahyarham adalah seperti Zabidi Shariff, Iskandar Arshad, Suhaimi Yusof, Kaharuddin Shamsuddin, Mahadi Said dan Rommi Suhendra Norsal.
Selain itu, Allahyarham yang pernah menjadi pengendali pasukan kebangsaan pada temasya Sukan Asia 1998 itu turut pernah menggalas tanggungjawab sebagai pengadil Sukan SEA Indonesia 1986 dan Sukan Asia Beijing 1994.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera