Malaysia
Bantuan B40 RM300 bakal dinaikkan RM1000 – Usul Muhyiddin Yassin
MALAYSIA: Bercakap di Sandakan baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengusulkan kepada jemaah menteri bahawa bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat ke atas golongan B40 dinaikkan.
Kata beliau, kadar terkini adalah RM300 akan dibincangkan agar naik kepada RM1000.00
Tan Sri Muhyiddin berkata, cadangan itu akan diusulkan pada mesyuarat Kabinet minggu depan dan yakin ia akan disokong beberapa barisan menteri.
“Saya mahu ubah dasar itu menaikkan bantuan kepada golongan B40 daripada RM300 ke RM1,000. “Saya tahu kenyataan ini mempunyai implikasi besar tetapi saya tidak peduli. Apa yang penting ialah kehidupan rakyat di bawah.
Mereka sudah terseksa sekian lama,” katanya pada Majlis Perjumpaan Pimpinan Masyarakat di Dewan Hakka Sandakan pada Ahad.
Jelas Muhyiddin lagi, usaha membantu golongan B40 merupakan aspirasi Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pimpinannya.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, Sabah boleh terus menikmati kemajuan dan pembangunan secara berterusan jika kerajaan negeri dan Persekutuan berada dalam satu pasukan.
Jelas Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tidak menafikan keupayaan kerajaan negeri untuk membangunkan Sabah tetapi gandingan kerajaan negeri dan Persekutuan itu akan memacu negeri ini sebagai negeri termaju di Malaysia.
Semoga usaha Perdana Menteri mendapat sokongan jemaah menteri dalam membantu kewangan golongan B40. Sudah pasti pelbagai sudut akan dipandang lebih-lebih lagi kedudukan kewangan negara juga akan diambil kira nanti.
“Saya tahu cakap (kenyataan) saya ini mempunyai implikasi besar, but I don’t care (tapi saya tidak peduli).
“What is important is the livelihood of our people down there (Yang penting ialah mata pencarian rakyat di akar umbi) … they have suffered for a long time (mereka menderita sejak sekian lama),” katanya pada majlis perjumpaan bersama pimpinan masyarakat, di Sandakan hari ini.
Muhyiddin berkata usaha membantu golongan itu termasuk B40 merupakan aspirasi kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinannya.
Beliau juga meluahkan rasa sedih dengan nasib golongan itu walaupun negara telah lama merdeka.
“Mereka ini manusia yang masih hidup, tetapi dengan pendapatan kecil, sukar untuk hidup.
“Kalau mereka sakit, saya tidak jamin mereka boleh hidup sejahtera,” katanya.
Muhyiddin kini dalam rangka lawatan rasmi dua hari ke Sabah, bermula semalam.
Kerajaan Tak lambat Bantu Rakyat
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu mengambil tindakan segera dengan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) bernilai RM250 bilion untuk membantu rakyat yang terkesan dengan wabak koronavirus (CoV-19) tanpa membentangkannya di Dewan Rakyat terlebih dahulu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana rakyat perlu dibantu segera dalam tempoh sukar tersebut.
“Kerajaan tiada pilihan, malah saya sendiri berpendapat tindakan segera mesti diambil walaupun sebelum sesi Parlimen bermula.
“Tuan Yang Dipertua kena tahu ramai rakyat menunggu, kita tidak boleh tunggu sesi Parlimen ini. Dia (rakyat) hendak sekarang, bantuan disampaikan sekarang, mereka hadapi kesukaran sekarang, institusi dah runtuh sekarang kebanyakan perniagaan tidak boleh dilaksanakan.
“Jadi, walaupun begitu saya faham tugas ahli Parlimen mempunyai tanggungjawab (persoal tindakan kerajaan) tetapi tugas kerajaan adalah menentukan rakyat mesti dibela,” katanya pada Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH- Port Dickson) yang mahukan penjelasan berhubung tindakan kerajaan tidak membentangkan terlebih dahulu pakej rangsangan ekonomi itu.
– Bernama
Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera