Kewangan
Terkini Bantuan BPR RM300, Menteri Kewangan Seru Rakyat Mohon Cepat sebelum Tutup
MALAYSIA: Kuala Lumpur: Tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang sebelum ini dibuka dari 15 Januari
2021 sehingga 15 Februari 2021, kini dilanjutkan sehingga 25 Februari nanti.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, langkah berkenaan diambil bagi bagi memastikan BPR akan diterima oleh mereka yang benar-benar layak, serta mengambil kira Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh negara pada ketika ini.
“Hanya pemohon yang tidak pernah menerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 atau Bantuan Prihatin Nasional (BPN) B40 serta isirumah berpendapatan RM5,000 dan ke bawah sebulan perlu membuat permohonan baharu.
“Ini termasuk golongan mudah terjejas baharu yang layak memohon akibat perubahan status pendapatan mereka ekoran impak penularan Covid-19,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, dengan adanya proses pendaftaran
baharu/kemaskini ini, sebahagian daripada mereka yang tidak lulus dan belum menerima BPR masih berpeluang untuk mengemukakan permohonan untuk diverifikasi semula.
“Penerima BSH 2020 dan BPN B40 yang lulus sebelum ini tidak perlu membuat pendaftaran baharu/kemaskini sekiranya tiada sebarang perubahan maklumat,” katanya.
Menteri kewangan berkata, pembayaran Fasa 1 BPR akan dipercepatkan kepada penghujung Februari 2021, seperti
yang diumumkan di dalam Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) pada 18 Januari lalu.
“Bayaran Fasa 2 BPR dijangka dibuat awal bulan Mei 2021. Tempoh masa diperlukan untuk memproses permohonan yang diterima terutamanya permohonan baharu.
“Setakat ini, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima hampir 550,000 permohonan
baharu yang perlu diverifikasi dan disemak silang di dalam sistem.
“Selain itu, proses semak silang ini juga membabitkan 25 agensi kerajaan termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan LHDNM untuk memastikan mereka yang benar-benar layak diluluskan BPR,” katanya.
Pemohon BPR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang telah dimuat naik di portal rasmi BPR iaitu, https://bpr.hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Permohonan untuk BPR dibuka sehingga 15 Februari
Sebelum ini proses permohonan baharu untuk fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dipercepatkan dari Mei ke hujung Februari sudah dibuka untuk permohonan sehingga 15 Februari ini.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, permohonan BPR itu boleh dibuat melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.
“Bantuan berkenaan diharap dapat memanfaatkan lebih lapan juta penerima B40 yang lulus di bawah BPN 2.0 dan Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020), selain mereka yang lulus permohonan baharu kelak,” katanya dalam laporan Laksana ke-38 Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2021, Permai, Kita Prihatin, Penjana dan Prihatin di Facebooknya, hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) awal bulan ini berkata, fasa pertama BPR akan membabitkan lebih lapan juta penerima.
BPR akan memanfaatkan golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,000 sebulan dengan bantuan sebanyak RM300, manakala bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 akan menerima RM150.
Sumber: Harian Metro
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera