Malaysia
Bapa Siti Nur Surya sedia untuk maafkan Kawan Arrwah, Ini Alasannya

MALAYSIA: KUALA TERENGGANU: Bapa mngsa pembuunuuhan keejaam, Allahyarham Siti Nur Surya, Ismail Muda, 58, terbuka untuk memaafkan keluarga remaja wanita yang didakwa membuunuuh anaknya.
Katanya, tidak ada sesiapapun yang inginkan kejadian seperti itu berlaku dan menyifatkan ia adalah ketentuan Allah walaupun perit untuk menerimanya.
“Kalau dia (keluarga suspek) datang kita terima, tak kan kita nak halau orang datang minta maaf.
“Walau marah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kejadian sudah berlaku,” katanya ditemui selepas kunjungan rombongan Persatuan Penggerak Amal Terengganu (PATA), semalam.
Ismail berkata, bagaimanapun sehingga kini tidak ada pihak daripada keluarga terbabit yang datang menemui keluarganya untuk tujuan itu.
Menurutnya, pihaknya sentiasa menunggu kedatangan keluarga berkenaan untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.
Bapa saudara Allahyarham Siti Nur Surya, Aznan Muda, berkata dia tidak menolak kemungkinan keluarga terbabit takut untuk datang berjumpa keluarga mereka.
“Yalah, siapa tidak takut, anak dah buunuuh orang tetapi kita tidak tahu situasi ketika itu dan asbab kejadian itu berlaku,” katanya.
Bapa harap pembuunuuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal
KUALA TERENGGANU: “Saya harap orang yang menyebabkan kemaatiian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal,” kata bapa kepada Allahyarhamah Siti Nur Surya, 19, yang ditemui maatii dengan kesan tetakan di Kampung Lubuk Batu, Telemong semalam.
Ismail Muda, 58, berkata beliau sama sekali tidak menyangka suspek yang ditahan bagi membantu siasatan kes itu bekas rakan sekolah yang pernah berkawan rapat dengan arrwah.
“Dia (suspek) sering datang ke rumah, namun sejak beberapa bulan lepas agak jarang menemui kakak (Siti Nur Surya) di rumah. Saya benar-benar tidak sangka dengan kejadian yang menimpa,” katanya ketika ditemui pemberita di Tanah Perkuburan Islam Beladau Selat di sini, malam ini.
Dalam kejadian semalam, mayat Siti Nur Surya ditemui dengan kesan tetakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumah, dan polis hari ini menahan seorang suspek, pelajar perempuan tingkatan enam, rakan sebaya arrwah.
Sementara itu adik arrwah, Nor Liyana Syuhada, 15, berkata kali terakhir beliau berjumpa dengan kakaknya ialah pagi semalam sebelum pergi ke sekolah dan ketika itu kakaknya masih lagi tidur di bilik mereka.
Beliau berkata, arrwah kakaknya seorang yang peramah serta periang apabila bersama keluarga dan kehilangannya amat dirasai oleh mereka sekeluarga.
“Kami memang berkongsi bilik yang sama tetapi sejak minggu lepasarrwah sering tidur bersendirian di ruang tamu, dan malam sebelum kejadian kakak sempat tidur bersama emak. Petang tadi kami terpaksa beritahu emak yang arrwahmennggl dunia disebabkan demam kerana bimbang kejadian ini akan menjejaskan kesihatannya,” katanya.
Sementara itu, jenazah Siti Nor Surya selamat dikebumikan kira-kira pukul 8.15 malam di tanah perkuburan Kampung Beladau Selat dengan dihadiri keluarga terdekat serta penduduk setempat.
Terdahulu jenazah Siti Nur Surya selesai dibedah siasat lewat petang tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) sebelum dibawa ke masjid untuk disembahyangkan. – BERNAMA
Saya akan berjumpa dan minta maaf dengan keluarga arrwah Surya” – Ibu Suspek
Sekalipun pahit untuk ditelan, namun, tiada apa lagi yang mampu dilakukan oleh Mala (bukan nama sebenar) selain daripada menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menentukan masa depan anaknya.
Mala yang juga ibu kepada suspek tragedi berdarah pembuunuuhan remaja Siti Nur Surya Ismail, 19, di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu, Ahad lalu sudah habis kata-kata untuk menceritakan kesedihan yang bersarang di jiwa.
Seperti ibu lain, Mala juga tidak mahu melihat pengakhiran anaknya sedemikian rupa, namun, dia juga akur tidak mampu untuk melawan qada dan qadar.
Ketika kunjungan Astro AWANI ke kediamannya hari ini, nyata riak wajahnya menyimpan seribu rasa yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.
Cemuhan, sindiran serta lemparan kata-kata yang tidak sedap kendengaran di telinga mula diterima Mala sekeluarga.
Mengakui bukan mudah untuk menerima tekanan sedemikian rupa, namun ketenangan akan hadir setiap kali mengadu kepada Yang Maha Esa.
Dalam situasi sekarang, apa yang mampu dilakukan Mala ialah menerima dengan lapang dada sebaik anak kesayangan ditahan pihak berkuasa bagi membantu siasatan.
Apapun, kata Mala, dia telah redha sejak hari pertama lagi anaknya ditahan dan baginya biarlah pihak berkuasa dan neraca keadilan yang menentukan untung nasib anaknya itu.
Bagi ibu malang itu, tiada kewajipan untuk mempertahan pada setiap kesalahan oleh siapa sahaja, tetapi, naluri sebagai ibu, doa buat anaknya tidak pernah lekang dipanjatkan .
Jauh di sudut hati, Mala mengakui, kepada anak sulungnya itulah tempatnya selama ini bergantung harap dan mengadu nasib jika ada perkara yang perlu dikongsi.
“Selama ini dia dengar kata saya, sebab saya hidup serba kekurangan, tak pernah mengeluh. Kalau mengadu pun pada dia hanya mengenai kesusahan hidup yang kami lalui, maklumlah saya hanya tukang cuci sahaja.
“Dia hanya bercakap tak apalah ma, kakak (panggilan buat suspek) bela nasib kita nanti kalau kakak dapat kerja. Dia nak jadi cikgu. Dia anak baik… boleh kongsi masalah. Tapi sekarang ini saya serah kepada polis, tapi kak tetap berdoa,” kata Mala meluah perasaannya dalam wawancara dengan Astro AWANI.
Mala yang juga ibu kepada dua orang anak berkata, sepengetahuannya, Allahyarham Surya merupakan rakan baik anaknya, bahkan mereka amat menyayangi antara satu sama lainm.
Dalam perbualan yang sarat dengan kepiluan dan kekesalan ekoran kejadian itu, Mala berkata, sukar untuk dia membayangkan dengan apa yang berlaku pada nasib Allahyarham Siti Nur Surya.
Dan, jauh di sudut hati, Mala sememangnya menyimpan hasrat pada hari pertama kejadian lagi untuk menziarahi keluarga Allahyarhan yang diakuinya sebagai keluarga yang baik pekerti mereka.
Bahkan, keperibadian Siti Nur Surya juga, kata Mala, amat disenanginya kerana Allahyarham merupakan seorang anak yang baik dan taat pada ibu bapa serta menghormaatii orang tua.
“Tentulah saya teringin sangat untuk pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyarham Surya. Mereka orang baik. Tanggungjawab dan kewajipan saya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.
“Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya. Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.
“Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyarham Siti Nur Surya),” ujar Mala dalam nada yang sangat sayu.
BACA: Bapa harap pembuunuuh Siti Nur Surya terima balasan setimpal
Bercerita lanjut, Mala berkata, kemiskinan yang dilalui keluarganya itu menyebabkan anaknya terpaksa menolak beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kekangan kewangan.
Bagaimanapun, jelas Mala, anaknya itu tidak pernah merungut tentang kekurangan yang diharungi mereka selama ini.
“Pernah juga sampai ke tahap terpaksa tangguh bayar duit yuran sekolah dia kerana tidak ada duit. Nak buat macam mana,” ujar Mala.
Kenyataan ibu suspek itu turut diakui jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Beri, 52.
“ Dia (suspek) budak jenis jarang keluar rumah sebenarnya. Duduk di rumah saja kebiasaannya yang setakat saya taulah. Tak ada pula saya dengar dia pernah buat masalah apa. Tak sangka sungguh apa yang berlaku ini. Susah nak percaya,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Beri memohon kepada orang ramai agar tidak memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya mengenai suspek dan keluarga kerana ia tidaklah seperti yang digambarkan.
Malah jika mengenali mereka sukar untuk percaya atau menerima apa yang berlaku itu disabitkan jirannya.
Ia berikutan banyak yang dilihatnya dakwaan yang keterlaluan dan tidak benar sama sekali perkara yang ditomah terhadap suspek dan keluarganya.
Pada Ahad, Siti Nur Surya dipercayai dibuunuuh di Kampung Lubok Batu, Telemong, Hulu Terengganu.
Mangsa ditemui dengan beberapa kesan tikaman, dipercayai akibat senjata tajam, di beberapa bahagian badan, termasuk putus pergelangan tangan kiri.
Polis percaya penahanan suspek yang bersekolah bersama mangsa dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima itu sekali gus membongkar motif kejadian pembuunuuhan keejaam itu.
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera