Malaysia
Keluar duit KWSP secara “One-Off”, Ini respon Ketua Pegawai. Bagai Mengemis duit sendiri kata wargamaya

MALAYSIA: Kuala Lumpur: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menggaadaikan masa depan ahlinya dengan membuat keputusan melulu mahupun terpengaruh dengan mana-mana desakan dalam isu pengeluaran Akaun 1.
Ketua Pegawai KWSP Tunku Alizakri Alias berkata, pihaknya mendengar dan meneliti semua pandangan pelbagai pihak sebelum memutuskan pengeluaran akaun terbabit yang masih dalam peringkat perbincangan bersama Kementerian Kewangan.
“Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli.
“Masih lagi dalam proses penelitian untuk penambah baikan dan memperhalusi semua aspek.
“Semua perincian termasuk syarat, kaedah serta siapa yang layak akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya dalam satu temubual hari ini.
Walaupun berdepan pelbagai tekanan termasuk ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 itu, namun beliau berkata, cabaran itu tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan ahli selari dengan peranan penubuhan dana persaraan itu.
“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.
“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular, biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli.
“Ya, kita mendengar semua pandangan, tetapi kita tetap berpegang teguh dalam membuat satu keputusan yang tidak akan menggadaaiikan masa depan ahli kerana keutamaan kita hanya berkhidmat untuk ahli tidak berkait rapat perkara lain termasuk tekanan politik sekalipun,” katanya.
Jika terdesak sekalipun, katanya, pengeluaran Akaun 1 akan menjadi jalan penyelesaian terakhir berikutan besar kesannya kepada ahli jika pengeluaran dilakukan pada masa ini.
“Kita ambil contoh jika seseorang ahli yang mengeluarkan RM10,000 itu kini berusia 30 tahun dan dijangka bersara pada usia 60 tahun, dia akan terkesan tiga kali ganda akibat pengeluaran itu.
“Mengikut rekod KWSP, 43 peratus atau 5.38 juta ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 manakala 54 peratus atau 137,000 daripada 254,000 ahli berusia 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000.
“Jadi, seharusnya pengeluaran KWSP menjadi pilihan terakhir apatah lagi kerajaan kita juga menyediakan pelbagai kemudahan bantuan bagi membantu kelangsungan rakyat ketika berdepan situasi Cov-19 ini,” katanya.
Beliau berkata, ahli berpeluang mendapatkan khidmat nasihat perunding kewangan bertauliah seperti KWSP, Agensi Kauseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk membantu menguruskan masalah kewangan dihadapi mereka.
“Ya, ini wang anda (ahli), tetapi buat keputusan yang betul dan jangan terburu-buru jika kita tidak membuat keputusan yang baik hari ini ia akan jejaskan masa depan.
“Bukan saya kata jangan (keluarkan Akaun 1), tetapi kita hendak pastikan ahli buat keputusan rasional dan baik yang mengimbangi semua aspek termasuk untuk hari ini dan akan datang iaitu keluarkan untuk keperluan saja.
“Dalam keadaan genting ini, pastikan ahli merancang dan tahu berapa perbelanjaan keperluan dan keutamaan dalam masa terdekat ini sebelum memutuskan membuat pengeluaran,” katanya.
Sumber Metro
Reaksi wargamaya
Hidup dengan RM41 sebulan
KUMPULAN Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjelaskan bahawa pencarum mungkin perlu menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan kurang RM41 sebulan sepanjang tempoh 20 tahun jika simpanan mereka tidak bertambah selepas pengeluaran dari Akaun 1 dibuat.
Ini kerana, berdasarkan perangkaan KWSP, seramai 43 peratus atau 5.38 juta ahli berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tunku Alizakri Alias berkata, perangkaan yang diperoleh juga menunjukkan 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahlinya berumur 54 tahun pada 2020 mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal menjalani kehidupan persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun.
“Jumlah RM200 itu adalah sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk satu isi rumah dan juga RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti yang dinyatakan dalam kaji selidik oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC),” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur, hari ini.
Menurutnya, gaji asas yang rendah menjadi punca kepada sesetengah pencarum mempunyai jumlah simpanan kurang RM10,000 dalam Akaun 1.
“Jumlah simpanan Akaun 1 yang rendah itu adalah berikutan caruman yang dibuat berasaskan gaji minimum yang sangat rendah, beberapa tahun dulu.
“Sebelum ini ramai pencarum yang memiliki gaji asas rendah di mana selebihnya adalah dalam bentuk elaun.
“Namun, keadaan itu kini sudah bertambah baik susulan penetapan gaji minimum yang dilaksanakan oleh kerajaan.
“Cuba anda bayangkan, beberapa tahun dulu, purata gaji asas sekitar RM500 sebulan. Dengan caruman berkanun syer pekerja sebanyak 11 peratus, ini bermakna caruman bulanan berjumlah RM55 sebulan, yang mana ia sangat rendah,” katanya.
Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada Jumaat lalu, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 bagi tempoh 12 bulan untuk meringankan beban kewangan ahli yang terjejas.
Terdapat juga cadangan yang mahukan pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1 KWSP secara ‘one-off’, namun setakat ini belum mendapat sebarang persetujuan.
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera