Connect with us

Malaysia

Gaji Pertama. Alwiansyah Belikan Motosikal “Cash” Untuk Ibu dan Ayahnya

Published

on

Gaji Pertama. Alwiansyah Belikan Motosikal Cash Untuk Ibu dan Ayahnya

MALAYSIA: Alwiansyah rasanya bukan lagi nama yang perlu diperkenalkan kepada warga maya Malaysia lagi apabila videonya sering kali tvlar dalam kalangan rakyat Malaysia.

Alwi yang dikatakan lahir pada tahun 2009 mempunyai suara yang sangat merdu ketika nyanyi dan mengaji. Pasti anda selalu lihat videonya menyanyi dengan memek muka yang sangat luucu.

Sering muncul dalam program television di Indonesia, budak lelaki yang dikenali sebagai Alwiansyah ini difahamkan mendapat pendapatan pertamanya setelah bergelar seorang penyanyi.

Berdasarkan saluran YouTube Aksen Entertainment, Alwiansyah difahamkan memberi ‘gaji’ pertamanya kepada ibu bapanya untuk keperluan harian dan untuk beli sebuah motosikal secara tunai.

Menerusi panggilan video, Alwiansyah turut menyatakan hasratnya untuk membelikan sebuah rumah, dan membawa kedua ibu bapanya menunaikan ibadah haji.

“Nanti Alwi kumpul duit untuk beli rumah. Lepas beli rumah, nanti kita beli sawah yang besar. Kalau habis Corona, terus pergi haji. Doakan saya di sini ya,” kata Alwiansyah kepada ibu bapanya.

Tidak seberapa lama setelah panggilan video tersebut, bapa Alwiansyah terus ke pusat pengedar motosikal setelah menerima wang yang dikirim oleh anaknya.

Sebuah motosikal Yamaha Jupiter, atau lebih dikenali sebagai Yamaha Lagenda di Malaysia dibeli oleh bapa Alwiansyah secara tunai.

Kami mendoakan agar Alwiansyah sentiasa berjaya dalam hidupnya. Semoga dimuurahkan rezki buat Alwi dalam setiap bidang yang diceebur1nya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu