Malaysia
(Bongkar) Inilah Pihak Yang “Menghalang” Ustaz Ebit Lew Di Semporna

MALAYSIA: Polis dan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah tidak menghalang Ustaz Ebit Lew.
Ebit Lew yang sedang berada dalam program bantuan 10 hari ke Sabah telah menyalurkan bantuan makanan dan keperluan kepada penduduk di kawasan Semporna.
Namun, program di kawasan itu disingkatkan apabila Ebit Lew berkongsi yang beliau diminta meninggalkan kawasan berkenaan ataupun menanggung r1siko dnda sehingga RM100,000 ataupun 3 tahun penj4ra.
Walau bagaimanapun, pihak polis dan Kawalan Keselamatan Khas Pantai Timur Negeri Sabah (ESSCOM) membuat kenyataan yang mereka tiada bantahan ataupun larangan untuk program bantuan Ustaz Ebit di kawasan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, pihaknya mahupun Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) tidak pernah menghalang atau mengeluarkan sebarang arahan untuk menghentikan program pendakwah bebas dan dermawan, Ebit Lew di kawasan berkenaan.
Malah, Hazani berkata, polis mengalu-alukan kerjasama mana-mana badan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurkan program amal kebajikan bagi membantu golongan memerlukan.
“Kita tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau tindakan untuk menghalang program yang dianjurkan oleh pihak sukarelawan seperti Ustaz Ebit Lew. “Ada juga kenyataan yang ditularkan di media sosial mengaitkan dkwaan itu dengan perintah berkurung di kawasan pantai timur,” katanya ketika dihubungi.
Hazani berkata, perintah itu dikeluarkan bagi memastikan kawasan perairan itu tidak dicer0boh pengg4nas yang meng4ncam keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah. “Ia tiada kena-mengena dengan program dianjurkan sukarelawan atau NGO di mana-mana kawasan di negeri ini.
“Cuma kita minta beliau rujuk pihak berwajib bagi mengenal pasti status pulau dan penduduk terbabit.”
Katanya, penganjur sebarang program digalakkan merujuk pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu atas faktor keselamatan.
Ustaz Ebit telah mengIslamkan lebih 450 penduduk Bajau Laut di kawasan itu sepanjang misi bantuan beliau. Sebahagian tanggungjawab membawa saudara baru adalah untuk membantu mereka mendapat pendidikan asas agama.
Untuk tujuan itu, Ustaz Ebit telah merangka rancangan untuk menaikkan 3 sekolah dan telah berjaya mengumpul 7 ustaz dan ustazah, selain membeli kayu kayan yang diperlukan untuk membina kesemua sekolah itu.
Ebit Lew perlu minta kebenaran Pejabat Daerah Semporna dulu sebelum beri bantuan
SEMPORNA – Tiada halangan untuk pendkwah terkenal, Ebit Lew meneruskan misi bantuan beliau tetapi perlu memaklumkan kepada pihak berkaitan sebagai tuan rumah di daerah itu.
Pegawai Daerah Semporna, Suhaimi Ejip berkata, beliau memahami niat ikhlas Ebit Lew tetapi pihaknya tidak menerima kunjungan daripada pendkwah bebas itu sendiri dan hanya memaklumkan tujuannya untuk masuk ke pulau berkenaan selain mahu mendirikan struktur untuk pembinaan sekolah.
“Saya sebagai tuan rumah mengalu-alukan kedatangan beliau dan menghargainya namun apabila kita memasuki ‘rumah’, kita harus mengetuk ‘pintu rumah’ terlebih dahulu, namun beliau tidak datang ke Pejabat Daerah Semporna.
“Sebaliknya hanya memaklumkan jadual perjalanannya melalui pembantu peribadinya dan tidak bertemu secara bersemuka menerangkan tujuan dan jabatan yang mempunyai autoriti yang membenarkan individu atau agensi masuk ke daerah adalah Pejabat Daerah,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.
Suhaimi berkata, perkara itu perlu mengikut protokol iaitu permohonan untuk mendirikan struktur melalui proses di bawah Ordinan Tanah Bab 68 (permohonan tanah) terlebih dahulu bagi tujuan pembinaan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kawasan pulau.
“Kita memberi sokongan moral kepada beliau sebagai Muslim namun untuk pembinaan penempatan di bawah seliaan Taman-Taman Sabah (TTS).
“Jika Ebit melalui Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT), mereka juga perlu rujuk kepada Pejabat Daerah. Kalau buat pondok sementara kita mungkin boleh benarkan atas dasar budi bicara namun jika mendirikan kelas KAFA ia bersifat kekal dan pulau itu ada pemilik atau pewarisnya,” katanya.
Sehubungan itu, Suhaimi menasihatkan supaya pihak yang ingin melakukan perkara demikian tidak mengambil tindakan melulu dengan melengkapkan barang perkakasan pembinaan tanpa kebenaran tuan tanah terlebih dahulu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Sabarudin Rahmat ketika diminta mengulas berhubung isu pendakwah bebas itu tidak dibenarkan memasuki pulau disebabkan isu keselamatan, beliau memaklumkan perkara itu di bawah pengurusan dan kawalan serta tanggungjawab oleh pihak TTS.
“Tidak (bukan isu keselamatan). Ia hanya lebih kepada isu kebenaran masuk dalam kawasan yang diwartakan dan di bawah pengurusan dan kawalan serta bidang tanggungjawab oleh pihak TTS,” katanya.
Terdahulu, tular kenyataan daripada pendakwah bebas itu melalui Facebooknya bahawa beliau meminta maaf kepada penduduk di pulau-pulau di Semporna yang beliau Islamkan di Semporna.
Dalam kenyataan itu, beliau mendkwa tidak dibenarkan masuk ke pulau di Semporna dan diminta untuk menghentikan bantuan selain memaklumkan bahawa beliau boleh dikenakan hukuman dnda RM100,000 atau peenjaara tiga tahun.
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera