Connect with us

Malaysia

Bukan saya sorang penat, 250000 petugas akan dipanggil kerja 20 Jam sehari – Dr Noor Hisham

Published

on

Bukan saya sorang penat, 250000 petugas akan dipanggil kerja 20 Jam sehari - Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Jika semalam Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia meluahkan rasa kecewanya selepas melihat keadaan masyarakat yang masih lagi tidak mempunyai kesedaran tentang cov-19 semasa memberi sokongan kepada bekas perdana menteri di hadapan Mahkamah.

Hari ini beliau memaklumkan bahawa beliau mengakui kepenatan selepas 7 bulan berhadapan dengan pandemik cov-19 ini. Katanya bukan sahaja dia tetapi kita semua.

“Nak cakap penat, saya rasa bukan saya seorang tetapi kita semua penat”

Menurut Dr Noor Hisham, kesiapsiagaan KKM bermula apabila kes cov-19 telah mula dikesan di Wuhan pada Disember tahun lalu. Jadi petugas kesihatan bekerja keras selama 7 bulan bagi memastikan dan mengelakkan ia tular dengan cepat di Malaysia.

Kemudian katanya, pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia bekerja keras untuk 4 bulan lagi, seramai 250000 petugas kesihan bakal dipanggil bekerja selama 20 jam sehari sekiranya kes cov-19 kembali mendadak.

Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan tiada pilihan lain sekiranya kes kembali meningkat dengan menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKPB untuk mengawal dan memutuskan rantaian penularan cov-19.

“Sekiranya jangkitan tempatan dan dalam komuniti kita semakin meningkat dan tidak dapat dikawal maka kita semua akan bermasalah dan mungkin Perintah Kawalan Pergerakan dan PKPB dilaksanakan semula”

Jadi beliau menegaskan dalam sidang media libat urus bersama media tempatan hari ini supaya semua rakyat dengar dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia lebih-lebih lagi semasa Hari Raya Aidiladha ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu