Connect with us

Malaysia

“Cash bukan lagi King”, Belanjawan 2021 Tidak Lulus Ini Bakal Terjadi Kata Tun Mahathir

Published

on

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan sekiranya Belanjawan 2021 tidak diluluskan, Malaysia bakal berdepan satu lagi kriisis politik.

Katanya, walau bagaimanapun perlu pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan belanjawan itu lebih menyeluruh terutamanya peperangan melawan Cooviid-19 dan pengukuhan semula ekonomi.

“Kita semua ingin luluskan belanjawan ini. Jika ianya tidak lulus, pada lazimnya Perdana Menteri perlu letak jawatan. Akan jadi pula satu kriisis politik. Kerajaan pintu belakang ini akan diganti dengan Kerajaan tebuk atap, yang juga tidak stabil.

Kita telah ada pilihan raya yang menentukan Kerajaan pilihan rakyat didirikan. Setelah dipilih Kerajaan ini dijatuhkan dan Kerajaan oleh puak yang ditolak oleh rakyat mendiri Kerajaan. Ini sebenarnya adalah satu penipuan walaupun tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan ini. Ia menidakkan demokrasi,” katanya dalam perbahasan Belanjawan 2021, di Dewan Rakyat, hari ini.

tun mahathir kerajaan

Beliau menyatakan, malangnya Kerajaan pintu belakang ini amat lemah dan menghabiskan masa untuk pertahan kedudukannya.

Ujar Dr Mahathir lagi, negara diserang oleh wabak Cooviid-19 yang mengancam pemerintahan.

“ Tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, menjejas tumpuan kepada menangani masalah wabak. Hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa. Kita lihat pembaziran ini di Sabah.

“ Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan second dan third wave dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang,” bidasnya.

Dr Mahathir berkata, masih ada yang ingin mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuhkan kerajaan Sabah.

“ Ya. Rebutan di Sabah berjaya. Tetapi kosnya amat tinggi. Banyak nyawa terkorban kerana ketamakan kuasa. Dari rekod yang kita telah lihat hari ini, saya tidak percaya PN akan dapat menangani wabak Cooviid-19 ini.

“Dalam kriisis, yang kita hadapi sekarang “Cash bukan lagi King”. Walaupun pakar budaya ini memberi nasihat kepada Kerajaan, ingatlah apa sudah jadi kepada penasihat ini,” katanya.

Beliau sedar Belanjawan 2021 ini ada peruntukan untuk membantu mereka yang terputus harapan. Tetapi bantuan yang dicadang tidaklah mencukupi dan tidak menyeluruh.

“ Perbelanjaan untuk pembangunan boleh dikurangkan atau ditangguh supaya dana yang diselamatkan boleh diguna untuk mengurangkan tekanan jiwa.

“Saya mendengar beberapa ucapan menteri kerajaan yang menyebut tentang dasar yang diperkenal oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH). Dasar ini jika dilaksana sekarang boleh membantu negara mengatasi sebahagian dari kesan wabak Cooviid-19.

“Perancangan yang saya maksudkan ialah Dasar Kemakmuran Bersama. Sebenarnya PH sudah bermula melaksana dasar ini. Tetapi PH telah dijatuhkan dan perancangan penting ini tidak dapat dilaksanakan,” kata Dr Mahathir.

Kerajaan Tak Cekap, Banduan Pun Boleh Tegur – Tun M

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) terbukti tidak cekap sehingga banduan boleh tegur di Dewan Rakyat, dakwa Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, tidak pernah terjadi dalam sejarah mana-mana negara seorang yang disabit bersalah dan dijatuhkan huukuuman pnjara menasihati kerajaan tentang soal pentadbiran negara.

Memetik video wawancara The Malaysian Insight, Dr Mahathir berkata ucapan Datuk Seri Najib telah mencemar Dewan Rakyat.

“ Di mana mana juga dalam dunia ini kita tidak dapat seorang banduan yang dah dikenakan hvkvman pnjara datang ke dewan dan menasihat kerajaan, ini luar biasa.

Tun Mahathir beri cadangan agar potong 10 peratus Gaji Kakitangan Awam dan Swasta

“Cuma Malaysia saja yang boleh berbangga bahawa banduan pun boleh nasihat kerajaan, ini menunjukkan kerajaan ini tidak cekap sehingga banduan pun boleh tegur.

“Inilah yang menjadikan dewan kita tercemar kerana perbuatan ini, Datuk Seri Najib ialah seorang banduan, tidak pernah dalam sejarah negara kita seorang banduan menasihati kerajaan bagaimana nak memerintah negara,” katanya.

Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata, Najib mempunyai latar belakang pemerintahan yang tidak baik kerana rasuah dan beberapa kebobrokan lain.

“Dan dia pula bukan mempunyai latar belakang yang baik semasa pemerintahan Datuk Seri Najib lah yang negara ini dirosak sehingga menyeluruh hutang besar, pentadbiran yang terlibat rasuah dan sebagainya.

“Jadi kalau kita terima nasihat orang ini, hasilnya kita tahu apa yang berlaku. Sebaliknya kita sepatutnya tak perlu dengarlah nasihat daripada orang ini kerana latar belakangnya, pencapaian semasa dia memerintah amat buruk sekali cukup buruk sehingga sukar bagi kita memperbaiki kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib,” ujar Dr Mahathir.

Bahkan, beliau juga memberitahu tidak ada apa yang baik dalam cadangan Najib tersebut dalam perbahasan Belanjawan 2021.

Membalas dakwaan tersebut, Najib sekadar menganggap Dr Mahathir menyimpan dendam kesumat terhadapnya.

“Pendapat seorang pejuang dendam kesumat bagi perbahasan belanjawaan 2021 saya,” catatnya ringkas.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu