Connect with us

Malaysia

Cov-19 kali ini lebih dahsyat dari bulan Mac – Kongsi Dr Noor Hisham

Published

on

Cov-19 kali ini lebih dahsyat dari bulan Mac - Kongsi Dr Noor Hisham

MALAYSIA: Sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa cov-19 hanya boleh dihentikan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh KKM atau Kesihatan Dunia iaitu dengan menjaga penjarakan fizilan dan memakai pelitup muka.

Pada 27 Julai yang lalu, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia tidak mustahil untuk menghadapi gelombang ketiga. Ini jika orang ramai tidak mematuhi langkah pencegahan.

Dr Noor Hisham mengibaratkan cov-19 sebagai bara api dan kegagalan pematuhan prosedur SOP adalah bahan api yang boleh mencetuskan gelombang ketiga pandemik ini di Malaysia.

Cov-19 kali ini lebih dahsyat dari bulan Mac – Kongsi Dr Noor Hisham

Pada hari ini (2 ogos 2020), Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini menyeru orang ramai untuk belajar daripada negara lain agar dapat mencegah dariapda gelombang dahsyat cov-19. Perkara ini sangat membimbangkan Dr Noor Hisham sendiri.

Katanya, rakyat Malaysia wajib patuh kepada penajarakan fizikal dan sentiasa cuci tangan. Apabila berada di tempat awam mereka digalakkan memakai pelitup muka. Selain itu, Dr Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk berada di dalam rumah.

“Kurangkan berada di tempat sesak atau awam, beradalah di dalam rumah yang lebih selamat. Jaga diri sendiri, jaga keluarga, jaga masyarakat dan jaga negara kita” – Katanya dalam satu kenyataan.

Ketua Pengarah Kesihata Malaysia ini turut berkongsi perangkaan tiga negara, iaitu Australia, Hong Kong dan Jepun yang mengalami lonjakan drastik kes Covid-19 sejak Jun lalu, walaupun berjaya mencatat penurunan ketara sebelum ini.

Malah, gelombang kedua penularan di negara terbabit menyaksikan peningkatan kes yang lebih tinggi berbanding Mac lalu. Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kanak-kanak dua tahun juga tidak perlu memakai pelitup muka.

“Hal ini kerana kanak-kanak tidak pandai membuka pelitup muka kalau perlu,” katanya.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu