Malaysia
Daging dibungkus semula jadi Halal untuk pasaran Malaysia
MALAYSIA: JOHOR BAHRU – Taktik jahat kartel yang menyelvdup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan logo halal dan menjualnya ke pasaran seluruh Malaysia terbongkar dalam serbuan bersepadu pihak berkuasa di sebuah gudang di Senai semalam.
Hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) krtel berkenaan dipercayai menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku telah menjadikan gudang berkenaan sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu yang kemudiannya akan ditampal pada kotak daging yang telah dibungkus semula itu.
Tindakan itu dibuat bagi menyakinkan pemborong di Malaysia kononnya bekalan daging sejuk beku itu diperoleh dari negara yang dibenarkan pengimportannya sebelum dipercayai diedar ke pasaran tempatan.
Operasi diketuai oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) itu mendapati kartel terbabit mengupah pekerja warga asing bagi melakukan kerja pembungkusan semula dengan mereka diberi kemudahan asrama penginapan di situ.
Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Maqis, Siti Nur Ahmad (tiga dari kiri) bersama pihak berkuasa yang turut serta dalam operasi bersepadu di Senai semalam.
Ketua Pengarah Maqis, Saiful Yazan Alwi berkata, dalam serbvan itu sebanyak 1,500 tan daging sejuk bernilai RM30 juta telah disita.
“Buat masa ini kita masih menyiasat lagi bagaimana daging sejuk beku yang kebanyakannya diselvdvp dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina boleh terlepas masuk,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Operasi berkenaan turut disertai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor serta Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Saiful Yazan berkata, modus operandi siindiiket terbabit adalah dengan mendapatkan stok daging sejuk beku dari luar negara sebelum dikatakan diselvdup melalui Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.
“Bagi memastikan kegiatan penyelvdvpan terbabit berjaya, mereka (sindiiket) dipercayai akan menggunakan dokumen palsu termasuklah borang Kastam, permit import, sijil halal atau pun resit bayaran.
“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa pula, siindiket turut mengimport daging daripada sumber yang sah sebelum dibawa ke gudang terbabit di Senai,” katanya.
Pegawai Maqis menunjukkan cap palsu yang digunakan untuk proses pembungkusan semula daging sejuk beku.
Saiful Yazan berkata, setelah itu, daging-daging terbabit akan diletakkan di satu bahagian khas untuk disimpan.
Katanya, pemeriksaan lanjut juga mendapati daging yang dicurigai itu kemudian akan dibuat pembungkusan semula di dalam sebuah bilik yang dilengkapi mesin pemotong. -VOICE-
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera