Connect with us

Malaysia

SPRM lepas Datuk bersama 9 Pegawai Polis berhubng Kes Macau Scam

Published

on

SPRM lepas Datuk bersama 9 Pegawai Polis berhubng Kes Macau Scam

Kesemua individu tahanan reman terlibat siasatan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram dilepas dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

Sumber SPRM berkata, ia melibatkan sembilan individu termasuk tujuh anggota dan pegawai polis yang kemudian diserah ke Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman untuk siasatan di bawah Akta Pencegahan Jnayah (POCA) 1959 berikutan kes diklasifikasi sebagai jnayah bersindiket.

“Mereka hanya dilepas dengan jaminan SPRM… kesemua mereka diperlukan untuk siasatan lanjut polis. Dalam erti kata lain, mereka masih belum dibebaskan,” kata sumber berkenaan kepada Bernama.

Pada Jumaat lepas, Bernama melaporkan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya telah memulakan siasatan dalaman melibatkan pelbagai aspek terhadap semua pegawai dan anggota yang ditahan.

Kës Shuib, 4 Individu Bakal Direman SPRM Termasuk. Penggubalan Duìt Jvdì

Kesemua pegawai dan anggota polis terbabit disyaki menyalahgunakan kuasa melindungi sindiket itu serta menerima habuan dalam bentuk wang ringgit dan lain-lain.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengarahkan siasatan terperinci dilakukan susulan pendedahan kes sindiket perjudian dalam talian dan pengubahan wang haram sehingga tertangkapnya beberapa anggota polis termasuk pegawai kanan.

Pada 8 Oktober lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya mengesan ratusan syarikat ‘dami’ yang diwujudkan bagi mengaburi pihak berkuasa berhubung sindiket berkenaan.

SPRM turut menyita 23 kenderaan mewah pelbagai jenis antaranya (Ford) Mustang, Rolls Royce, Bentley, Ferrari dan Porsche serta beberapa motosikal berkuasa tinggi dimiliki ahli sindiket dipercayai hasil kegiatan haram.

Sebelum ini, SPRM turut memanggil pasangan artis untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram terbabit. – Bernama

Macau Scam, ‘cuci duit’: Apa tindakan kita?

Mutakhir ini, semakin menjadi-jadi kes peniipuan Macau Scam yang melibatkan bukan sahaja warga tua sebagai mangsa, malah orang muda juga turut terbelit dengan perangkap sindiket dan kerugian ada yang mencecah jutaan ringgit.

Mengambil contoh kes di Petaling Jaya yang dilaporkan pada 9 Oktober, seorang pengurus agensi perbankan kerugian hampir RM2 juta ditipu sindiket Macau Scam ini.

Liciknya modus operandi (MO) ini apabila seorang wanita menyamar sebagai ‘pegawai polis’ menghubungi pengurus itu pada petang 5 Mei dan menyakinkan mangsa terbabit dengan kes langgar lari yang menyebabkan kematian.

Beliau juga didakwa mempunyai rekod kes pengubahan wang haram.

Mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas mendapati semua wang yang dipindahkannya ke dalam akaun bank baharu seperti yang diarahkan ‘pegawai polis’ itu lesap begitu sahaja.

Kes yang sama juga dilaporkan berlaku di Kajang baru-baru ini, apabila seorang guru wanita berusia 49 tahun kerugian hampir RM1.13 juta selepas terpedaya dengan panggilan daripada individu, menyamar sebagai pegawai polis.

Mangsa diminta membuat dua akaun bank dan memasukkan sejumlah wang yang diminta ke dalam akaun berkenaannya. Apabila mendapati dirinya tertipu, guru itu segera membuat laporan polis.

Bagaimanapun, wang lebih sejuta itu sudah lesap dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Peniipuan telekomunikasi

Mengakui sebenarnya semua orang mudah terdedah kepada pelbagai jenis scam termasuklah Macau Scam, Pakar Kriminologi & Psikologi Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat berkata, terdapat pelbagai faktor yang memungkinkan orang ramai tidak menyedari mereka diperdaya permainan licik sindiket ini.

“Perlu kita faham Macau Scam dikategorikan sebagai satu jnayah peniipuan telekomunikasi. Scammer berusaha membuat penampilan sebagai pegawai yang mempunyai autoriti, serta mampu menimbulkan rasa was-was, panik, dan keinginan terhadap mangsa untuk membela diri atau mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Sementara faktor orang kita mudah tertipu dengan sindiket ini ialah kerana kewibawaan dan kesahihan yang ditunjukkan oleh peniipu dengan menggunakan aspek tindak balas viseral yang membuatkan mangsa bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu, pemerasan, tekanan, keserakahan, kelalaian, kenaifan, dan paksaan,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Pensyarah Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM) itu itu menambah, sikap tidak peduli orang ramai untuk mengetahui kehalusan pancingan scammer juga boleh menjadi faktor penyumbang.

Beliau menjelaskan, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2017 menghuraikan empat MO Macau Scam iaitu lucky draw,authority spoofing (menyamar sebagai pegawai polis atau penjawat awam), bank spoofing (menyamar sebagai pegawai bank), dan menyamar sebagai penculik.

Namun, hasil kajian lepas dan laporan rasmi dari luar Malaysia pula menunjukkan MO serta fenomena Macau Scam ini lebih luas.

Dalam usaha memberi pendidikan kepada orang ramai tentang bahaya peniipuan sindiket ini, beliau menegaskan supaya orang ramai jangan lalai dan memberi kebenaran tacit (diam/tunduk patuh) kepada sindiket dengan mendedahkan maklumat peribadi terutamanya nombor akaun bank; serta kegagalan untuk mengemas kini atau mengubah keselamatan pada komputer peribadi dan laman web urus niaga kewangan perlulah dijauhi.

“Orang ramai juga boleh menggunakan portal dan aplikasi semakan akaun peniipu yang dibangunkan Jabatan Siasatan Jnayah Komersial (CCID) PDRM iaitu Semak Mule. Ini satu ikhtiar yang bernas,” tambahnya.

Keruntuhan nilai integriti

Selain isu Macau Scam, wujud juga satu isu lain yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat iaitu kegiatan pengubahan wang haram ataupun dipanggil kegiatan ‘mencuci duit’.

Dilaporkan ada beberapa individu daripada kalangan pegawai penguatkuasa yang sanggup ‘mengotorkan tangan’ dengan turut terlibat dalam sindiket ini. Perkara ini sudah tentunya sukar untuk kita terima!

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan menahan 10 orang individu termasuk lapan orang pegawai kanan PDRM serta merampas wang tunai RM100,000 berhubung siasatan kes kegiatan pengubahan wang haram hasil aktiviti judi dalam talian dan Macau Scam. Difahamkan pegawai terbabit ditahan kerana dipercayai melindungi sindiket tersebut selama ini.

Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Azam Baki dilaporkan berkata, pihaknya juga menyita 730 akaun bernilai RM80 juta milik ahli sindiket yang ditahan termasuk selebriti. Turut disita sebanyak 24 buah kenderaan mewah bagi tujuan siasatan.

Turut dilaporkan, dalang utama sindiket dipercayai rakyat China, tetapi beroperasi menggunakan ejen di Malaysia untuk menguruskan ‘pelaburan’ termasuk mencari perniagaan berpotensi sebagai platform ‘mencuci’ wang hasil peniipuan itu. Turut dibongkar beratus-ratus syarikat dummy sengaja diwujudkan bagi menyalurkan dan ‘mencuci’ wang haram itu.

Peguam Cara dan Peguam Bela di Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co, Nor Zabetha Muhd Nor ketika diminta mengulas perkara ini berkata, amatlah tidak wajar mereka yang memiliki kad penguat kuasa menyalahguna kuasa yang mereka ada.

“Salah laku yang boleh merosakkan integriti dan nama baik badan pelaksana undang-undang itu sendiri. Isu ketirisan integriti dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan segelintir pegawai penguat kuasa semakin membimbangkan. Malah tidak keterlaluan jika kita katakan pegawai terbabit ini sebenarnya membantu menyembunyikan aktiviti ini, dan mereka ini boleh didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

“Merujuk kepada kes ini, mungkin pegawai yang ditangkap ini disyaki banyak membantu sindiket dengan memberi segala maklumat yang diperlukan, selain menyalahguna kuasa yang mereka ada serta dibayar pula ganjaran oleh sindiket terbabit kerana melindungi kegiatan mereka. Namun sama ada mereka bersalah atau tidak adalah bergantung kepada hasil akhir siasatan nanti,” jelasnya ketika ditemui di firmanya, baru-baru ini.

Pertingkat pelaksanaan tindakan

Nor Zabetha menegaskan, perkara paling utama sekarang adalah untuk mempertingkatkan peratusan pelaksanaan tindakan terhadap laporan yang diterima pihak berkuasa, supaya ianya selari dengan jumlah laporan yang diterima.

“Secara peribadi, saya melihat undang-undang dan hukuman sedia ada melibatkan isu ini sudah mantap, namun kadar peratusan pelaksanaannya yang dilihat agak rendah. Apabila semakin banyak siasatan, tindakan dan paling utama ada hukuman yang dikenakan kepada pelaku oleh pihak berkuasa dijalankan akan menjadikan penjenyah lebih takut.

“Di Malaysia, bukan sahaja kes peniipuan Macau Scam tetapi jenis-jenis peniipuan lain, malahan ada yang dilaporkan jutaan ringgit wang peniipuan yang dikumpulkan oleh penjenyah. Namun kita dapat lihat ada di antaranya, tiada tangkapan atau hukuman penjara menyebabkan penjenyah semakin berani untuk melakukan aktiviti peniipuan kerana memikirkan mereka mungkin bebas dan lepas tanpa sebarang tindakan,” jelasnya.

Akta digunakan pihak berkuasa dalam menangani kes Macau Scam:

Terdapat beberapa akta yang digunakan oleh pihak berkuasa dalam menangani kes peniipuan Macau Scam ini. Untuk kes yang dibincangkan dalam rencana ini, ada dua akta yang berkaitan, iaitu

1. Akta 613: Antara kesalahan membabitkan pengubahan wang haram ialah (a) mana-mana individu yang melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil dari aktiviti haram atau peralatan kesalahan, (b) memperoleh, menerima, memiliki, menyembunyikan, memindahkan, mengubah, menukar, membawa, melupuskan, atau menggunakan hasil dari aktiviti haram atau peralatan kesalahan.

Mereka yang bersalah boleh disabitkan penjara tidak melebihi 15 tahun, dan juga boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil dari aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan, atau denda RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi.

2. Seksyen 420 Kanun Keseksaan: Membabitkan kesalahan meniipu secara curang ​​untuk mendorong secara memperdayakan bagi penyerahan wang atau harta benda mangsa kepada dirinya.

Jika sabit kesalahan, boleh dipenjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi 10 tahun, dan hukuman sebat, dan boleh juga dikenakan denda.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu