Connect with us

Malaysia

Demi Cinta, Putera Harry Sah Letak Semua Gelaran Kehormat

Published

on

Demi Cinta, Putera Harry Sah Letak Semua Gelaran Kehormat

DUNIA: LONDON: Putera Diraja Britain, Putera Harry akan melepaskan jawatan kehormat tentera dan hak keistimewaannya selepas mengesahkan kepada Ratu Elizabeth II bahawa beliau dan isterinya, Meghan Markle tidak akan kembali sebagai anggota Diraja yang bekerja, Istana Buckingham mengumumkan hari ini.

Duke dan Duchess of Sussex, sebagaimana mereka dikenal secara rasmi, menggegarkan monarki Britain ketika mereka berhenti dari tugas barisan hadapan Diraja setahun lalu.

Sejak itu, mereka memulakan kehidupan baru yang membabitkan beberapa usaha komersial di Amerika Syarikat (AS), dan kini tinggal di California.

Di bawah syarat awal pemergian mereka yang dilakukan pada pertemuan kecemasan dengan permaisuri pada awal 2020, Putera Harry telah bersetuju untuk mengkaji semula keputusan terbabit pada tahun berikutnya.

“Duke dan Duchess of Sussex telah mengesahkan kepada Yang Mulia Ratu bahawa mereka tidak akan kembali sebagai anggota Keluarga Diraja yang bekerja,” kata Istana Buckingham dalam satu kenyataan.

“Ratu telah menulis yang mengesahkan bahawa dalam menjauhkan diri dari tugas Keluarga Diraja, tidak mungkin untuk meneruskan tanggungjawab dan tugas yang datang dengan kehidupan berkhidmat untuk umum.

“Oleh itu, pelantikan kehormat tentera dan keistimewaan Diraja yang dipegang oleh The Duke dan Duchess akan dikembalikan kepada Tuanku, sebelum diagihkan semula dalam kalangan anggota Keluarga Diraja yang bekerja.”

Putera Harry, bekas tentera, memegang beberapa gelaran kehormat ketenteraan, pelantikan Komanwel dan beberapa jawatan lain.

Meghan juga diberikan beberapa peranan kehormat selepas menikahi Harry dalam upacara gilang gemilang di Istana Windsor pada Mei 2018.

Pasangan itu, yang menanti kelahiran anak kedua mereka, bersedia memberikan wawancara ‘intim’ mengenai kehidupan mereka dengan pengacara rancangan sembang Amerika Syarikat (AS) Oprah Winfrey. – AFP

Harry, Meghan berundur daripada barisan hadapan tugas diraja

LONDON: Putera Harry dan isteri, Meghan Markle, mengejutkan keluarga diraja British apabila memutuskan untuk berundur daripada barisan hadapan tugas Diraja, tanpa berbincang dengan Ratu Elizabeth II.

Dalam satu pengumuman mengejutkan, pasangan itu memaklumkan akan menghabiskan waktu di Amerika Utara dan memutuskan hubungan dengan media yang sudah lama terjalin.

Media melaporkan Duke dan Duchess of Sussex membuat kenyataan itu tanpa memaklumkan sama ada kepada nenek Harry atau bapanya, Putera Charles.

Berita mengejutkan itu menyusuli beberapa tahun yang mencabar buat pasangan itu, yang secara terbuka mengakui bergelut dalam perhatian umum dan semakin terpisah daripada abang Harry, Putera William.

“Kami berhasrat untuk mengundur diri daripada menjadi ahli ‘kanan’ anggota keluarga Diraja dan berusaha untuk tidak bergantung pada kewangan, di samping terus menyokong Baginda Ratu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Buckingham.

“Kami memilih untuk membuat perubahan tahun ini dengan memulakan peranan baharu yang progresif dalam institusi.

“Ketika ini, kami merancang untuk menyeimbangkan masa kami antara United Kingdom dan Amerika Utara,” katanya dalam pengumuman yang dilihat mengejutkan keluarga diraja itu.

Istana Buckingham mengeluarkan kenyataan kedua dalam tempoh satu jam 40 minit kemudian, menyatakan perbincangan dengan Harry dan Meghan berhubung isu itu ‘berada pada peringkat awal.’

“Kami memahami hasrat mereka untuk mengambil pendekatan berbeza, namun ini adalah isu rumit yang akan mengambil masa untuk diselesaikan,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, Istana Buckingham berada dalam suasana kekecewaan, malah menurut BBC, terluka.

Harry, 35, dan Meghan, 38, adalah antara ahli paling kanan dalam keluarga Diraja, di samping William dan isterinya, Kate Middleton, yang dilihat sebagai masa depan monarki.

Khabar angin mengenai suasana dingin dengan pasangan Sussex itu timbul pada Oktober apabila Harry, pewaris keenam takhta Britain, mengaku dia dan William ‘tidak sependapat’, selain ada bertelagah antara satu sama lain. – AFP

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu