Malaysia
Dewan Rakyat Kecoh, Dr Noor Hisham Dïhïnã

MALAYSIA: Kuala Lumpur: RSN Rayer (PH-Jelutong) diarah keluar daripada sidang Dewan Rakyat selepas dengan sengaja menimbulkan kekecohan, hari ini.
Keputusan itu dibuat Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said yang meminta Rayer duduk ketika sesi perbahasan Datuk Seri Tiong King Sing (GPS-Bintulu) berkaitan usaha memerangi pandemik Cooviid-19 di kawasan Sabah dan Sarawak.
“Yang Berhormat (YB) semua duduk… tolong duduk Jelutong, macam mana saya nak buat keputusan jika kamu berdiri, tolong duduk, tolong duduk, tolong duduk!
“Jelutong, saya beri amaran jika tidak duduk kamu keluar. Kamu enggan duduk, bentara keluarkan Jelutong,” katanya ketika perbahasan peringkat dasar Rang Undang-Undang Perbekalan 2021.
Terdahulu, episod kekecohan berkenaan bermula apabila King Sing menuduh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah takut maatii.
“DG (Ketua Pengarah Kesihatan) hari-hari buat berita, bagi ‘Office Boy’ (budak pejabat) boleh baca. Kenapa dia tidak turun padang… Macam di Kota Kinabalu, Sabah begitu teruk pandemik Cooviid-19.
“Kenapa dia tidak melawat setiap hospital, berbincang dan beri sokongan kepada frontliners. Jangan hantar doktor, jururawat saja pergi sebab itu orang (mereka) tidak takut maatii, tapi DG takut maatii,” katanya.
Rayer yang tidak berpuas hati dengan kenyataan berkenaan meminta King Sing menarik balik kenyataanya serta menyifatkan Dr Noor Hisham perlu dihormaatii sebagai barisan hadapan menangani Cooviid-19 di negara.
“Saya minta Bintulu tarik balik kenyataan DG takut maatii. Saya tak akan benarkan dia hentam DG. DG adalah petugas barisan hadapan.
“Jangan kurang ajar Bintulu. Tarik balik minta maaf. Mana boleh hentam DG,” katanya.
Ahli Parlimen DAP ‘gemar’ perkataan ‘kepala bapak’
“SABAR dulu, Larut. Nanti saya guna ‘kepala bapak kamu’, susah nanti.”
Perkataan itu terpacul dari mulut RNS Rayer (PH-DAP Jelutong) ketika percubaannya untuk mengemukakan soalan tambahan selepas dicelah oleh Datuk Seri Hamzah Zainudin (BN-UMNO Larut).
Berikutan itu, istilah ‘kepala bapak’ sekali lagi membawa kepada pertikaman lidah antara penyokong kerajaan dan pembangkang pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
Hamzah menegur Rayer kerana mengemukakan soalan sama ada skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyebabkan pelaburan asing ditarik balik dari negara ini kepada Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.
Hamzah kemudian bangkit dan berkata: “Tadi Timbalan Menteri dah jawab, tiada kena mengena. Apalah Jelutong ni.”
Kenyataan itu menyebabkan sidang dewan menjadi kecoh sebelum Hamzah bangun dengan merujuk kepada Peraturan Mesyuarat 36 (4), dan meminta Rayer menarik balik kenyataan ‘kepala bapak kamu’.
Yang di-Pertua Datuk Mohamad Ariff Md Yusof meredakan keadaan dan mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan terbabit.
Beliau turut mengingatkan Ahli Parlimen Jelutong itu mengenai amaran yang pernah dikeluarkan sebelum ini berhubung penggunaan istilah berkenaan.
Sebaik Rayer menarik balik perkataannya, Dewan Rakyat kembali kecoh apabila Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-UMNO Lipis) menggunakan perkataan mencarut .
“Itu saya dengar. Itu sangat tidak sopan. Tolong tarik balik, kalau tidak saya suruh keluar dewan. Jangan guna perkataan kesat seperti itu di dewan yang mulia ini,” katanya dalam nada tegas.
Abdul Rahman cuba menjelaskan perkataan itu adalah sama dengan tindakan Rayer menyebut ‘kepala bapak kamu’, tetapi Mohamad Ariff tegas dengan pendiriannya.
“Saya suruh tarik balik perkataan kesat itu. Ia lagi dahsyat daripada perkataan ‘kepala bapak kamu’. Ini tak beri apa-apa faedah kepada dewan yang mulia ini,” katanya.
Abdul Rahman kemudian menarik balik perkataannya tetapi keadaan kembali hiruk-pikuk apabila Rayer berkata ‘padan muka’ kepada Hamzah sebelum Ahli Parlimen Larut itu meminta ia ditarik balik.
Minggu lalu, Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, mengarahkan Rayer menarik balik istilah ‘kepala bapak’ yang digunakannya ketika mencelah penggulungan.
Sementara itu, Ong ketika menjawab soalan tambahan Rayer berkata, pelabur yang membawa masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia tidak menyatakan ketidakselesaan berhubung skandal 1MDB.
“Bagaimanapun, saya yakin tahap ketelusan akan ditingkatkan dan undang-undang dihormati dengan kerajaan baharu ini.
“Keadaan itu akan memberi kesan baik terhadap FDI,” katanya.
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera