Connect with us

Malaysia

Dr Noor Hisham bersuara mengenai himpunan sokong Najib – Memang Deep

Published

on

MALAYSIA: Hari ini ramai penyokong setia bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah berkumpul di hadapan mahkamah bagi memberi sokongan mereka kepada bekas Perdana Menteri ke-6 itu.

Namun mereka ini gagal untuk mematuhi sebarang SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan terutama dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Mereka ini tidak mematuhi SOP penjarakan sosial ketika berhimpun dihadapan mahkamah.

Dr Noor Hisham Abdullah yang merupakan ketua pengarah kesihatan Malaysia meluahkan perasaan sedihnya apabila melihat keadaan tersebut. Menurutnya : “Sedih apabila melihat keadaan seperti ini tiada kawalan kendiri”

Perasaan kecewa itu telah diluarkan oleh Dr Noor Hisham menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya pada hari ini.

Beliau turut meluahkan rasa terkilan kerana hampir setiap hari Kementerian Kesihatan Malaysia mengingatkan masyarakat agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) khsusnya penjarakan sosial dan memakai pelitup muka selain kerap mencuci tangan.

“”Sudah terang lagi bersuluh setiap hari Kementerian Kesihatan mengingatkan rakyat Malaysia untuk patuh kepada SOP untuk penjarakan selamat sekurang-kurangnya satu meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap cuci tangan.””- Ujarnya

Di media sosial juga turut hangat diperkatakan perkara ini iaitu warga maya takut sekiranya kluster najib pula akan muncul selepas ini apabila orang ramai bersesak-sesak di hadapan Mahkamah bagi memberi sokongan mereka kepada Najib.

Kementerian Kesihatan Sebelum ini meluahkan rasa kebimbangan mereka dengan kes kembali meningkat aktif. Ditambah pula masalah ini apabila masyarakat tiada kesedaran sendiri apabila berkumpul.

Apakah mereka sudah lupa dengan nasihat Kementerian Kesihatan kita atau mereka ini sudah rasa selamat sangat dengan keadaan sekarang?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu