Connect with us

Malaysia

“Orang kata saya Angkuh”, Dr Noor Hisham Luah Perasaan

Published

on

MALAYSIA: Dalam satu sesi taklimat yang dijalankan pada Selasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan tanggapan kononnya, setiap keputusan berkenaan Cooviid-19 dibuat mengikut kehendak dan keputusan beliau.

Dan, tanggapan ini ternyata tidak benar sama sekali kerana, setiap keputusan yang diambil adalah berdasarkan keputusan bersama dari 150 orang pakar dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Orang seeraanng saya”

Tambahnya lagi, setiap hari semua pihak terbabit akan bertemu dan membincangkan segala aspek dan isu yang berbangkit membabitkan Cooviid-19 sebelum sebarang keputusan dan pengumuman dibuat.

Malah, setiap pendapat yang diberikan beliau kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) adalah pandangan daripada pihak KKM.

4275 Kes Terkini, 'Rakyat Malaysia Degil', Dr Noor Hisham Beri Peringatan

“Kadang kala orang menyerang saya saja, mengatakan saya angkuh tetapi bukan saja saja yang membuat keputusan.

“I am only a messenger,” katanya.

Keputusan dalam menilai dan memahami setiap data melibatkan ramai orang sebelum pihak KKM mahupun MKN berkongsi kepada pihak media.

PKP Tidak diteruskan

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilanjutkan selepas empat minggu dilaksanakan kerana ia memberi kesan kepada ekonomi.

Sebaliknya, beliau berkata, usaha membendung pandemik Cooviid-19 akan diteruskan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama tiga bulan untuk menurunkan kes kepada dua angka.

Bercakap dalam sesi taklimat media mengenai Darurt Cooviid-19 secara dalam talian, Dr Noor Hisham yakin sekiranya langkah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan, jumlah kes yang tinggi sekarang ini akan dapat diturunkan.

Menurut beliau, pelaksanaan PKP mulai 13 Januari lalu sehingga 4 Februari bertujuan untuk menstabilkan jumlah kes positif Cooviid-19 yang semakin meruncing kini.

Kembali ke PKP 1 sekiranya terus bersikap degil - Dr Noor Hisham

“Jadi kalau kita laksanakan PKP empat minggu sampai Februari, disusul dengan PKPB kita jalankan selama tiga bulan, dijangkakan pada Mei depan kita akan dapat turunkan kes sehingga dua digit.

“Jadi kita jangkakan empat minggu PKP. Kita tidak akan panjangkan PKP kerana ia memberi kesan kepada eknomi,” katanya.

Semua negeri kecuali Sarawak kini sedang menjalani PKP 2.0 hingga 4 Februari ini. – MalaysiaGazette

Total lockdown? Kerajaan kaji kesan kesihatan dan ekonomi – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR – Sebarang keputusan sama ada kerajaan akan memperketat atau melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hanya ditentukan selepas Kementerian Kesihatan membuat penilaian risiko pandemik Cooviid-19.

Keputusan yang akan dilaksanakan selepas PKP berakhir 4 Februari ini juga ditentukan selepas KKM mengadakan perbincangan menyeluruh dengan semua pihak serta keputusan oleh Sidang Majlis Keselamatan Negara.

Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, ada pihak mendakwa kerajaan akan melaksanakan total lockdown selepas PKP tamat dan penyebaran berita dengan tanda pagar #Malaysialockdown telah menimbulkan kebimbanga orang ramai sehingga ada yang bertindak membuat pembelian panik.

“Semalam Ketua Pengarah Kesihatan membayangkan bahawa pada 4 Februari nanti, besar kemungkinan PKP Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan semula.

“Pengumuman tersebut disambut dengan pelbagai reaksi denga ada yang bersetuju dan ada yang tidak bersetuju,” katanya.

Mengulas lanjut Ismail Sabri berkata, susulan daripada itu ada yang mencadangkan supaya total lockdown diperkenalkan seperti PKP pertama dahulu dengan menutup semua aktiviti perniagaan dan duduk di rumah.

Namun, katanya, ada yang tidak bersetuju khususnya para peniaga mikro yang akan terkesan. Mereka mahu sektor perniagaan dibuka untuk mencari rezeki demi kelangsungan kehidupan seharian mereka.

Menurut beliau, dalam membuat sebarang keputusan, kerajaan sentiasa menimbang antara kesan kesihatan dan ekonomi terhadap rakyat dan negara.

Tindakan penutupan penuh terhadap sektor ekonomi akan memberi kesan termasuk:

Malaysia tiada pilihan lain, Terpaksa laksanakan PKP sekiranya kes cov-19 cecah 3 angka

2.8juta rakyat berisiko hiilaang pekerjaan | 2.5 juta pekerja terjejas pendapatan dan sukar meneruskan kelangsungan hidup | Kehiilaangan pendapatan golongan B40 dalam tempoh sebulan dianggarkan RM6.45 bilion dengan purata RM2,400 satu keluarga Ismail Sabri berkata, menurut laporan Sururhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sejak pelaksanaan PKP pada Mac 2020 hingga Oktober 2020 sebanyak 13,445 syarikat telah ditutup operasi.

“Ini bermakna ramai pekerja telah hiilaang pekerjaan

“Ini antara sebahagian kesan yang terpaksa kerajaan pertimbangkan sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Semalam, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, PKP tidak akan disambung selepas 4 Februari ini kerana ia memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu