Connect with us

Kewangan

Dasar Ekonomi Pakatan Harapan berjaya – Pemuda Amanah

Published

on

Dasar Ekonomi Pakatan Harapan berjaya - Pemuda Amanah

MALAYSIA: Anak kelimat kepada Allahyarham Datuk Fadhil Noor, Faiz Fadzil mengatakan bahawa Dasar Ekonomi yang dibuat oleh Pakatan Harapan membuahkan hasil.

Beliau mengatakan bahawa kejayaan Tabung Haji dalam mencatatkan peningkatan keuntungan sebanyak RM1.25 billion pada setengah tahun 2020 adalah bukti kepada dasar dan penstrukturan semula yang dibuat oleh Pakatan Harapan.

Beliau turut menambah bahawa, nilai aset Tabung Haji sebnyak RM78 billion juga kini kembali melebihi liabilitinya, dengan lebihan sebanyak RM1.9 billion.

Walaupun sebelum itu, pada Mei 2018 Tabung Haji ditinggalkan oleh Barisan Nasional dalam keadaan defisit. Dalam tempoh hampir 2 tahun pemerintahan Pakatan Harapan, pelbagai pembaruan dan kejayaan dicapai.

Bukan itu sahaja katanya, kadar pengangguran secara amnya juga telah menurun ke lingkungan 3.2% sehingga 3.3% setiap suku, berbanding 3.4% sehingga 3.5% pada suku tahun 2016 hingga 2017 di bawah barisan nasional.

Bukan itu sahaja, menurut Faiz, pertumbuhan dalam negara kasar KDNK turut menunjukkan keutuhan yang signifikan pada kadar 4.8% pada tahun 2018 dan 4.3% pada tahun 2019 walaupun dalam keadaan ekonomi global yang lembap.

Pakatan Harapan juga turut memperkenalkan kembali subsidi petrol yang telah dimansuhkan oleh Najib Razak pada tahun 2014. Ini secara tidak langsung membantu secara terus terhadap usaha mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat, khususnya bagi golongan B40 dan M40.

Pakatan Harapan juga dikatan menjaga sosial ekonomi rakyat, menerusi inisiatif-inisiatif seperti i-Suri yang mewujudkan skim KWSP berserta insentif bagi suri rumah, mengembangkan skim perlindungan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada pekerja ekonomi gig dan memperkenalkan gaji minimum sebanyak RM1200 di bandar-bandar besar.

Pakatan Harapan dikatakan membuat pelaburan asing yang diluluskan juga mencapai tahap paling tinggi dalam sejarah ketika pemerintahan Pakatan Harapan. Iaitu pada tahun 2019, nilainya hanya RM82.4 billion manakala pelaburan domestik mencecah RM125.5 billion.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu