Malaysia
Gadis sebab 8 maut Basikal Lajak diminta bela diri
MALAYSIA: Johor Bahru: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memerintahkan jurujual wanita yang memandu secara melulu hingga mengakibatkan kem4t1ian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017, membela diri atas tuduhan berkenaan.
Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, terhadap Sam Ke Ting, 26.
Terdahulu, Ke Ting yang berbaju serba hitam hadir tanpa ditemani ahli keluarga ke perkarangan mahkamah kira-kira jam 8 pagi tadi.
Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman manakala Ke Ting diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.
Sementara itu, Muhammad Syafiq ketika ditemui selepas prosiding berkenaan berkata, Mahkamah Tinggi membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah pelepasan dan pembebasan oleh Mahkamah Majistret pada 28 Oktober 2019.
“Tertuduh, Sam Ke Ting diarahkan untuk membela diri di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Ke Ting diarahkan untuk membela dirinya pada perbicaraan yang ditetapkan pada 9, 10 dan 11 Mei depan.
Majistret Zuhainie Zull Kafli, turut mengarahkan Ke Ting supaya dijamin RM10,000 dengan seorang penjamin manakala lesen memandu dan pasport perlu diserahkan pada mahkamah.
Pada 28 Oktober dua tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru, melepas dan membebaskan jurujual wanita berkenaan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kem4t1an lapan remaja berbasikal lajak berkenaan.
Majistret Siti Hajar Ali dilaporkan membuat keputusan itu terhadap Ke Ting, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie di akhir kes pendakwaan.
Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit dikemukakan di mahkamah.
Pada 10 November tahun lalu, pihak pendakwaan dilaporkan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan jurujual wanita itu.
Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, ketika itu, Amir Nasruddin, dilaporkan berkata, notis rayuan difailkan pihaknya selepas mendapati dan percaya ada merit memfailkan notis terhadap beberapa isu.
Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.
Remaja yang maut adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14; dan Haizad Kasrin, 16.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman pnjara maksimum 10 tahun serta denda selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan.
Keluarga mngsa basikal lajak mahu kes selesai segera
Johor Bahru: Keluarga remaja basikal lajak yang terkorban dalam tragedi pada 18 Februari 2017, mengharapkan pengakhiran dan penutupan terhadap kes berkenaan.
Ibu mngsa, Nur Cahaya Amrun, 40, yang juga ibu kepada Fauzan Halmijan, 13, berkata, keluarga berdepan tekanan emosi dan trauma berikutan dilemparkan pelbagai tuduhan termasuk tidak pandai menjaga anak.
Katanya, kecaman terutama di media sosial sangat mengguris hati keluarga mngsa terkorban di saat mereka kehilangan anak yang dijaga sejak kecil.
“Saya diarahkan hadir ke mahkamah oleh polis semalam. Sebenarnya kami keberatan, namun hadir bagi memberikan kerjasama.
“Sebagai keluarga, kami mahu kes ini ada penutup dan pengakhirannya. Tidak kiralah apa keputusan yang terbaik, kami terima dengan terbuka.
“Anak kami pun sudah empat tahun meninggal, hari ini pula genap empat tahun tragedi berlaku,” katanya ketika ditemui.
Hari ini, Mahkamah Tinggi, di sini, membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap perintah pelepasan dan pembebasan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kem4t1an lapan remaja berbasikal lajak oleh Mahkamah Majistret pada 28 Oktober 2019.
Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahnaz Sulaiman, membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie, terhadap Sam Ke Ting, 26.
Dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, Ke Ting diarahkan untuk membela dirinya pada perbicaraan yang ditetapkan pada 9, 10 dan 11 Mei depan.
Tragedi menyayat hati itu berlaku di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi, 18 Februari 2017.
Remaja yang maut dalam tragedi berkenaan adalah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.
Sementara itu,seorang lagi ibu mngsa,Faizah Ishak, 45, berkata, besar harapannya supaya kes terbabit selesai segera.
“Saya harap sangat perbicaraan di mahkamah kelak dapat mencari pengakhiran bagi menuntut keadilan kepada Allahyarham Mohd Sharul Izzwan dan tujuh lagi yang terkorban dalam kejadian yang berlaku empat tahun lalu.
“Mak cik dan suami (Azzuraimee Azik, 46) reda dengan kejadian yang menimpa anak kami itu, kami sentiasa berdoa dan mengharapkan yang terbaik,” katanya.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera