Connect with us

Malaysia

Gelang Emas Belasan Ribu Dalam Makanan, Hadiah Untuk Kawan Baik

Published

on

Gelang Emas Belasan Ribu Dalam Makanan, Hadiah Untuk Kawan Baik

MALAYSIA: Kawan bergelak ketawa mudah untuk dicari. Namun kawan dan sahabat yang sentiasa ada apabila diperlukan amat luar biasa untuk dicari.

Kalau ada jagalah dia. Kerana ia adalah permata yang akan sentiasa menyinari kehidupan kita di dunia ini. Semoga dia juga akan bersama-sama dengan kita ke syurga.

“Saya pernah mengalami masalah kewangan empat tahun lalu dan ketika itu, dia yang membantu. Kini, tiba saya pula untuk balas jasa baiknya,” kata ibu tiga anak Nurul Atira Mohd Saari.

Nurul Atira, 30, menarik perhatian warganet selepas berkongsi videonya memberi kejutan kepada rakan baiknya, Nurul Natrah Hidayu Ramle, 30, dengan menghadiahkan gelang tangan emas bernilai RM11,000.

Menerusi video dimuat naik di TikTok dan Instagram (IG) itu, kelihatan Nurul Natrah terkejut kerana tidak menyangka bungkusan plastik ditemui dalam timbunan makanan rupanya berisi gelang tangan emas.

Berkongsi kisah di sebalik video itu, Nurul Atira yang menetap di Batu Burok, Kuala Terengganu berkata, gelang berkenaan dihadiahkan semalam sebagai tanda ingatan buat Nurul Natrah yang baru mendirikan rumah tangga pada minggu lalu.

Nurul Atira berkata, gelang itu dibeli kelmarin iaitu sehari sebelum Nurul Natrah datang ke rumahnya untuk makan malam bersama.

“Tiada siapa tahu mengenai perancangan saya untuk membuat kejutan itu kecuali suami (Zuraidin Shahrulrizal Zainuddin, 38) dan seorang lagi rakan baik (Nurul Kamilah Abdul Ghani, 30).

“Saya pilih untuk hadiahkan gelang tangan kerana ia adalah simbolik persahabatan kami kerana ketika saya susah pada 2017, dia (Nurul Natrah) sanggup gadaikan barangan kemas untuk saya jadikan modal mulakan perniagaan.

“Pengorbanannya itu tidak mungkin saya lupakan. Saya berikan gelang itu sebagai tanda penghargaan buatnya kerana menjadi rakan yang ada bersama ketika susah dan senang,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Bercerita lanjut mengenai persahabatan mereka, Nurul Atira yang juga usahawan minuman kesihatan itu berkata, dia mula mengenali dan berkawan baik dengan Nurul Natrah ketika berusia 13 tahun.

Katanya, sepanjang 17 tahun berkawan, dia dan Nurul Natrah tidak pernah bergaduh melainkan merajuk tetapi tidak lama.

“Selain saya, dia juga rapat dengan ahli keluarga saya. Dia saya anggapseperti adik beradik sendiri. Dia juga pernah berikan saya hadiah.

“Diharap, hubungan persahabatan kami akan kekal dan terima kasih kepada semua yang mendoakan selepas menonton video itu,” katanya.

Sementara itu, Nurul Natrah berkata, dia gembira dan terharu tetapi tidak sangka menerima hadiah yang mahal daripada rakan baiknya itu.

“Memang saya pernah menolongnya dulu tetapi saya tidak harapkan balasan kerana ikhlas membantu. Lagipun, kami sudah seperti adik beradik.

“Tiada apa yang saya harapkan melainkan hubungan kami kekal sehingga ke jannah,” katanya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu