Connect with us

Malaysia

Seorang guru Positif Cov-19 di Sekolah Rendah Permatang Janggus

Published

on

Seorang guru Positif Cov-19 di Sekolah Rendah Permatang Janggus

MALAYSIA: Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini, diarah tutup selama lapan hari selepas terdapat seorang guru wanita disahkan positif CoV-19.

Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, penutupan sekolah dibuat bagi membendung penularan pandemik CoV-19 daripada menjadi lebih serius.

“Setakat ini, sekolah itu akan ditutup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Buat masa ini, kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus, namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan CoV-19, hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Tinjauan dilakukan di luar pekarangan sekolah mendapati rata-rata ibu bapa dan penjaga menjadi cemas ketika menunggu anak mereka menjalani ujian saringan CoV-19.

Ibu bapa berada di sekolah terbabit selepas mereka menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp bahawa anak mereka diarahkan melakukan ujian berkenaan.

Ini berikutan seorang guru wanita berusia 40-an disahkan positif CoV-19.

Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di hospital di Kedah.

Difahamkan guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang pergi berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu, baru-baru ini.

Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujian terbabit dan mereka diarahkan kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian.

Situasi CoV-19 di Pulau Pinang pada ketika ini merekodkan jumlah kumulatif 144 kes dengan 137 kes sembuh, lima kes aktif dan dua keemaatt1ian.

Pahang buat seekatan

Kuantan: Pahang mengehadkan operasi perniagaan di daerah ini dan Jerantut setakat 12 tengah malam, susulan penvlaran waabk CoV-19.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak berkata, semua acara keramaian termasuk kenduri yang melebihi 100 orang pada satu-satu masa juga perlu ditangguhkan 14 hari daripada hari terakhir kes dikesan.

Selain itu, katanya, masjid, surau dan rumah ibadat di kawasan lokaliti ada kes aktif perlu ditutup selama tempoh sama, termasuk aktiviti pekan sehari dan pasar malam.

“Bagi kontak rapat kepada kes positif yang hadir ke sekolah sebelum pengesanan dibuat, kelas terbabit akan ditutup selama 14 hari.

“Pasar raya yang menjadi tumpuan umum diingatkan untuk memastikan pematuhan operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan penvularan.

“Semua aktiviti riadah dan sosial dibenarkan sehingga 12 tengah malam sahaja. Aktiviti ini perlu tertakluk kepada pematuhan SOP. Jika SOP sukar dipatuhi, maka penganjurannya adalah tidak dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Sallehuddin bagaimanapun berkata, semua larangn itu tidak terpakai kepada pusat perubatan, klinik dan stesen minyak.

Menurutnya, penvlaran waabk k0ronav1irus di Pahang masih terkawal dan kebanyakan kes baharu membabitkan individu dengan sejarah perjalanan ke Sabah.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan mereka yang pulang dari Sabah supaya melakukan kuarantin kendiri selama 14 hari selepas ketibaan.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu