Malaysia
Hanya saya sahaja tinggal, Tun Luah rasa sebak Kehiilangan kawan

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi rasa sedih apabila kawan-kawan seperjuangan beliau satu masa dulu kini telah mnnggal dunia.
Yang terbaharu, Khalid Julong yang mnnggal dunia pada 18 November yang disifatkan oleh Dr Mahathir telah menamatkan satu generasi pejvang Melayu.
Mengimbau kenangan bersama Khalid, pemimpin veteran yang kini menjangkau usia 95 tahun berkata, mereka berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat Perang Dunia Kedua.
“Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.
“British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka,” katanya dalam catatan di laman blog beliau dan turut dikongsi di media sosial.
Dr Mahathir menyenaraikan beberapa nama kawan seperjuang beliau iaitu Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain yang semuanya sudah tidak ada.
“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian. Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT,” katanya.
Dalam satu catatan pada 16 Oktober tahun lalu, Dr Mahathir berkata: “Sahabat lama saya semua dah mennggal kecuali 2 orang Khalid Julong dan Osman Kuda..umur pun 90an juga. Sorang masih jadi bilal di masjid sorang lagi dah tak berapa sihat.” – MalaysiaGazette
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera