Connect with us

Malaysia

4 Individu Hìna Agong, Ahli Politik antara ditahan PDRM dan berdepan Hvkuman ini

Published

on

4 Individu Hìna Agong, Ahli Politik antara ditahan PDRM dan berdepan Hvkuman ini

MALAYSIA: hli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu ditahan, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung status dimuat naik di media sosialnya yang mempunyai kecenderungan menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Ronnie ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, 10.40 pagi tadi.

“Tangkapan itu dilakukan bagi membolehkan kami menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Keterangannya akan dirakam dan jika semuanya selesai beliau akan dibebaskan. Apapun, ia bergantung pada keterangan itu,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Agong

Terdahulu, Ronnie tiba di IPD Petaling Jaya pada 10.40 pagi untuk membantu siasatan polis.

Semalam, Harian Metro melaporkan Ronnie antara empat individu disiasat berhubung isu menghììna Agong.

Pengarah Jabatan Siasatan Jnayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan itu kini sedang dijalankan oleh Unit Siasatan Jenyah Terkelas (USJT) JSJ Bukit Aman.

Menurutnya, siasatan dijalankan pada 21 Oktober lalu ke atas akaun Facebook Ronnie Liu.

Ronnie Liu antara disiasat kes menghasut, hììna Agong

Kuala Lumpur: Polis melakukan siasatan terhadap empat pemilik akaun Twitter dan Facebook (FB) kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenyah, Datuk Huzir Mohamed berkata, antara individu yang disiasat Unit Siasatan Jnayah Terkelas (USJT) Bukit Aman itu ialah pemilik akaun FB Ronnie Liu Tian Khiew.

Katanya, sehingga semalam, seorang lelaki berusia 52 tahun sudah ditahan di Cheras dan peralatan digunakan untuk memuat naik kenyataan jelek dirampas.

“Pada 21 Oktober lalu, satu siasatan sudah dimulakan ke atas kenyataan yang dimuat naik pemilik akaun FB itu tertulis “Now in Bangkok, they are saying no to the king (Kini di Bangkok mereka katakan tidak kepada Raja).”

“Siasatan lanjut kini sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan merakam keterangan saksi yang kompeten serta mendapatkan keterangan dokumen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya juga menyiasat pemilik akuan Twitter Uncle Ireeve kerana memuat naik kenyataan berunsur penghìinaan terhadap YDPA, selain Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

“Siasatan juga dibuat ke atas pemilik akaun FB Ho Ruey Terng yang memuat naik kenyataan berunsur penghììnaan terhadap YDPA.

“Kita minta pemilik akaun-akaun ini tampil menyerah diri dan jika ingkar, tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya yang memberitahu semua kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia supaya lebih bertanggungjawab dan sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara iaitu ‘Kesetiaan kepada raja dan negara’ bagi mengelak perlakuan yang mempunyai kecenderungan menghasut sekali gus merosakkan keharmonian negara.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu