Malaysia
Isu Penyeeludupan Daging, Ini Jawapan JAKIM
MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Isu penyeluvdvpan daging yang hangat diperkatakan sekarang adalah di luar bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), kata Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.
Beliau berkata, peranan pasukan Jakim adalah memeriksa sama ada sesebuah rumah penyembelihan di luar negara, mematuhi hukum syarak dari aspek proses penyembelihan sehinggalah daging itu dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak dalam keadaan bebas cemar.
“Permit mengimport daging dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis). Apabila produk itu sampai ke pintu masuk negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan melihat dari segi cukai.
Selepas produk daging itu berada di gudang di dalam negara ia adalah tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),” kata Sirajuddin.
Beliau berkata demikian dalam segmen khas ‘Tanya Jakim bertajuk SOP Sijil Halal: Di Mana Silapnya?’, yang disiarkan secara dalam talian di akaun laman sosial Facebook Jakim hari ini.
Sirajuddin berkata Jakim menyedari banyak pihak mempersoalkan jabatan itu, apabila tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu penyelvdvpan daging import, yang didedahkan media baru-baru ini dan tidak mendedahkan senarai nama syarikat atau jenama yang terlibat.
Menjawab persoalan itu, beliau berkata pihak berkuasa seperti KPDNHEP sedang menjalankan siasatan, mengenai perkara tersebut dan akan mendedahkan hasilnya apabila siastan kes berkenaan selesai.
“Biarlah siasatan dijalankan dengan cara terbaik tanpa gangguan. Berikan ruang agensi yang berkaitan untuk menyiasat. Maklum balas (Jakim) akan menimbulkan suasana tidak baik, kalau (Jakim) keluarkan kenyataan akan menjejaskan siasatan,” katanya.
Sejak isu tersebut timbul, banyak pihak mempersoalkan Jakim, kerana mereka menganggap agensi itu bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses membawa masuk daging dari luar negara.
Ditanya sama ada benar atau tidak aktiviti penyelvdvpan daging itu sudah 40 tahun berlaku, beliau berkata perkara itu tidak dapat disahkan atau dinafikannya, kerana ia merupakan dakwaan dari pihak industri dan bukannya agensi atau badan penguat kuasa.
Isu daging seludup menjadi hangat apabila media melaporkan mengenai kegiatan kartel yang menyvlvdup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil dan Argentina, sebelum membungkus semula daging berkenaan menggunakan logo halal di sebuah gudang di Senai, Johor.
— BERNAMA
Laporan p0lis ttg kartel daging import telah dibuat pd 1998, 1999 & 2000 tapi pelapor tak pernah dipanggil utk siasatan.. – Aktivis
Saya dan NGO saya dulu telah kesan isu sijil Halal Jakim dan sijil halal seumpamanya sejak 1998 lagi. Sejak saya pulang dari Amerika pada tahun sebelumnya, ada banyak brand yang saya kenal. Brand yang biasa dijual di Walmart dan IGA Supermart di Amerika.
Alangkah terkejutnya saya bila brand yang sama di Amerika hanya sekadar tukar kulit atau ditampal saja pelekat Jakim pada kotak atau plastik luaran!
Yang timbul isu adalah beef pepperoni. Pada waktu itu memang sukar untuk mencari beef pepperoni yang “halal” buatan Amerika. Bukan saja sukar dicari di Malaysia, malah di seantero dunia. Laporan p0lis telah dibuat pada tahun 1998, 1999 & 2000. Saya tidak pernah dipanggil untuk s1asatan dan tidak pernah kenal akan adanya apa-apa t1ndakan.
Sepuluh tahun kemudian, perkara yang sama. Kali ini barang-barang dan bahan makanan import dari Thailand pula. Ketika itu saya sudah dipenghujung projek saya di Thailand.
Sewaktu berkhidmat selama 6 tahun di Thailand, saya sering ke Carrefour, Big C, Tesco Lotus untuk mencari barang dan bahan makanan. Jadi, kenal lah banyak produk tempatan Thailand. Malah, pernah terlibat dengan proses penghasilan 16 produk tempatan.
Apabila mula kerap berada di tanahair pada tahun 2008, sekali lagi saya terjumpa produk-produk Thailand yang sudah ada cop halal sedangkan produk yang sama, isi kandungan yang sama di Thailand, tiada cop halal mahupun sijil, “The Central Islamic Committee of Thailand”.
Pernah saya menulis surat kepada banyak pihak akan isu ini pada tahun 2008, 2009 & 2010. Pada tahun tersebut, saya mulai kenal pejuang-pejuang pengguna Islam…
Saya juga pernah berdepan dengan Kedai Baskin Robbins dan 2 lagi jenama terkenal dunia yang beroperasi di Malaysia. Terpampang di depan setiap cawangannya Sijil Halal Jakim. Salah satu daripadanya siap ada Sijil Jakim beserta bayaran RM36 ribu ditulis dengan jelas.
Saya tanya kenapa mahal sangat kena bayar RM36 ribu? Kenapa pula kena bayar? Pernah saya dijawab, itu adalah komisen Consultant atau membayar “paper pusher”. Tapi, ianya dicetak atas sijil. Maaf saya daif dalam proses mendapatkan Sijil Halal pada ketika itu.
Namun, terbenak di dalam hati, sekiranya Jakim menerima bayaran untuk mendapatkan Sijil Halal, bukankah ia menjadi penambah birokrasi yang hanya akan mengundang “duit kopi”?
Jadi, apa jadi pula pada peniaga-peniaga kaki lima untuk mereka mendapatkan Sijil Halal? Setakat ini, jarang menjadi kelaziman peniaga & penjaja untuk mendapatkan Sijil Halal. “Double standard” atau sememangnya Jakim sendiri terpelesuk dengan sistem kapitalisma dan sekularisma yang sudah lama bertapak di negaraku?
Duit tak bersalah. Kopi tak bersalah. Yang salah, sistem dan para penghuni sistem. Kita nak redha kan keg1laan semua ini berterusan? Semua kita ni sama-sama bersub4hat sebenarnya. Semoga Allah maafkan kekhilafan kita semua, kebutaan kita semua dan kebisuan kita semua sebelum ini. Kita mulakan yang baik mulai hari ini, insyaAllah.
MOHAMAD RIADZ TAN SRI MOHAMAD HASHIM merupakan aktivis asal Kuala Lumpur dan bekas Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Wilayah Persekutuan. Beliau pernah menjadi pengasas dan pemikir dalam sebuah organisasi penggerakan perubahan di Indonesia dan sukarelawan di Palestin.
Sumber; thefrontmedia.com
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera