Connect with us

Malaysia

Jiran selalu nampak Amir termenung Sendiri

Published

on

Jiran selalu nampak Amir termenung Sendiri

MALAYSIA: MELAKA – Jiran kanak-kanak yang dilaporkan mnnggl dunia dipercayai akibat dideeraa ibu kandung dan bapa tirinya semalam mendakwa mnngsa kerap dilihat termenung di rumah keluarganya.

Gadis yang enggan dikenali itu berkata, dia turut merakam gambar mnngsa selepas beberapa kali melihat kanak-kanak itu termenung di bahagian hadapan dan belakang rumah.

“Saya sengaja merakam gambarnya (mnngsa) pada minggu lalu. Saya ada melambai tangan ke arahnya, namun tidak dibalas sebaliknya dia masuk ke dalam rumah,” katanya ketika ditemui di Taman Krubong Jaya di sini semalam.

Ibu gadis itu pula mendakwa, dia mendapat tahu tentang nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu selepas berkongsi gambar mnngsa dengan keluarga angkat sebelum tular di Facebook.

“Saya mengucapkan takziah kepada keluarga angkat kanak-kanak itu dan kebetulan anak saya pernah merakam gambar arwah termenung, jadi saya kongsikan gambar itu dengan mereka,” katanya.

Gambar mnngsa yang termenung di tingkap rumahnya itu turut menjadi tular di laman sosial Facebook, petang tadi.

Mengulas lanjut mengenai sikap mnngsa, keluarga itu berkata, arwah pernah dilihat bermain dengan dua adiknya di kawasan pekarangan rumah.

“Kami sekeluarga bekerja dan pulang lewat petang. Sekali sekala nampak dia (mnngsa) bermain, ada juga terdengar suara budak menangis, tetapi tidak kerap,” katanya.

Wanita itu mengetahui mnngsa mnnggl dunia selepas melihat kehadiran ambulans sebelum dimaklumkan kanak-kanak itu lemas dalam tong air.-K! ONLINE

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu