Umum
“Kalau tidak suka boleh ‘unfollow’ Fasha Sandha bidas ‘ustaz ustazah jadian’

MALAYSIA: PETALING JAYA – Selepas dikecam segelintir netizen gara-gara memakaikan bayi perempuannya kostum Santa Claus, pelakon Fasha Sandha telah memuat naik status membidas semula kecaman itu.
Menurut Fasha, dia kesal apabila video yang dimuat naik di akaun Instagramnya itu dikecam segelintir netizen yang diibaratkan seperti ‘ustaz dan ustazah jadian’ hanya kerana dia memakaikan anaknya, Aisha Amairah berusia empat bulan dengan kostum Santa Claus.
“Semalam saya buat posting Aisha memakai baju cute Santa Claus, tiba-tiba ramai pula ustaz ustazah netizen masuk.
“Sudah tidak ada kerja agaknya. Ramainya ustaz ustazah jadian ini. Apa masalahnya anak saya pakai kostum tu? Just for fun (hanya untuk suka-suka),” katanya.
Menurut isteri kepada pelakon, Aidil Aziz itu lagi, netizen turut berkata bahawa dia hendak menyambut perayaan Krismas yang disambut penganut Kristian.
“Habis tu kalau pakai ceongsam dan sari salah juga ke? Haram ke?,” ujar pelakon berusia 36 tahun itu.
Bahkan, Fasha turut memberitahu, pakaian yang dipakai tidak melambangkan hati seseorang.
Dalam status yang dikongsikan itu juga, Fasha turut menegur segelintir netizen yang dilihat kurang senang dengan apa sahaja yang dilakukan oleh golongan artis.
“Tidak habis-habis nak kecam orang. Orang melamar secara terbuka nak kecam, orang ‘sweet sweet’ buat video YouTube nak kecam, semua benda nak dikecam.
“Kalau tidak suka boleh ‘unfollow’, tidak habis-habis nak kecam artis. Tidak suka tak payah tengok,” katanya yang mengakhiri status tersebut dengan ayat will delete soon (akan dipadam kemudian).
Menjengah akaun Instagram pelakon yang pernah membintangi filem Anak Mami Kembali itu, Fasha telah memadam status tersebut selepas beberapa jam memuat naik hantaran tersebut. – K! ONLINE.
-
Malaysia3 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia3 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia3 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia3 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia3 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia3 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan3 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia3 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera