Connect with us

Malaysia

“Bising Share Melayu Kecil dalam FarmFresh”, Sekali Kawan Bos Susu Sejarah Azmi Zainal

Published

on

MALAYSIA: Semalam, telah tular tentang penulisan seorang pengguna Facebook, Aliff Ahmad III yang mendedahkan status sebenar syarikat Farm Fresh. Katanya, syarikat Farm Fresh bukanlah milik Melayu, Muslim dan Bumiputera.

Tapi, viral pula satu lagi penulisan dari seorang pengguna Facebook lain, Nordin Mat yang juga beri ulasan tentang isu ini. Amboi, ramai juga ya yang berminat.

Kata Nordin, dia sebenarnya dah kenal lama dengan Bos Susu dan Mr Loi Tuan Ee. Dari zaman diorang belum bela lembu pun, dah lama diorang berkawan baik.

Nak dipendekkan cerita, asalnya Bos Susu cuma bantu Mr Loi jual susu dekat bazar Ramadan je.

Tapi disebabkan dia berjaya buktikan yang dia seorang yang memang terror bab tingkatkan sale dan marketing walaupun cuma jual dekat bazar, dia pun diterima untuk menjadi salesman bagi produk di syarikat tersebut.

Nah, daripada sale RM100k sebulan, terus mencanak naik sampai cecah RM1 juta sebulan.

Banyak, kan? Bukan itu je, Bos Susu siap wujudkan team Home Delivery, kemudian diorang naik pulak jadi stokis, kemudian naik pula jadi distributor. Daripada pekerja biasa, terus Bos Azmi bagi dia naik saham

Ala, tapi saham dia 1.3% je? Bukan macam tu, awal dulu share Bos Azmi dalam syarikat tu banyak juga.

Tapi bila diorang decide nak kembangkan perniagaan, diorang kena ada capital injection dari syarikat seperti Khazanah. Jadinya, saham yang besar tersebut terpaksa dikecilkan.

Bukan Bos Azmi je, Mr Loi sendiri pun dikecilkan jadi 16%.

“Kerja mereka tidak mudah kawan-kawan. Masa mereka sangat ketat, ke hulu ke hilir sepanjang masa. Nak boleh jumpa mereka pun dapat luangkan masa berapa lama saja. Berbaris oang menunggu nak berjumpa mereka, tuan-tuan.” – tulisnya.

Diorang berdua pun ada tugas masing-masing. Bos Azmi dengan marketing dan program CSRnya untuk bantu masyarakat. Mr Loi pula sibuk plan strategi perniagaan dan uruskan kilang serta ladang.

Kalau korang nak tahu, sale diorang sekarang boleh cecah sampai 15 ke 20 juta ringgit tau sebulan.

Jadinya, tak perlulah kita nak jadikan share orang Melayu dalam syarikat tersebut kecil sangat sebagai satu isu. Sebab syarikat Farm Fresh memang dah buktikan yang ia merupakan satu jenama Malaysia yang telah mencapai satu tahap yang membanggakan.

Menurut Aliff, berdasarkan cariannya di Interepo, syarikat Farm Fresh Milk Sdn Bhd sebenarnya dimiliki 100% oleh The Holstein Milk Sdn Bhd. Kalau korang nak tahu, ada dua orang pengarah yang bertanggungjawab menguruskan syarikat tersebut iaitu Loi Tuan Ee dan Loi Tuan Kin.

23.3% daripada The Holstein Milk ini pula dimiliki oleh Farmchoice Food. Dalam syarikat ini, Bos Susu hanya mempunyai 1.3% sahaja dari keseluruhan syarikat. Kiranya, majoriti pemilikan syarikat tersebut bukannya dalam kalangan orang Melayu, tapi pasangan adik-beradik Loi dan Tan Chow Yin dari Singapura.

Jika ditanya aku, adakah Farmfresh milik Melayu, Muslim dan Bumiputera. Mengikut definition aku, ia tidak. Kerana tidak mencapai majoriti pemilikan syarikat tersebut dan penguasaan (director control) tidak berada dalam tangan orang Melayu, Muslim dan Bumiputera.

Kata Aliff, niatnya bukanlah untuk menjatuhkan mana-mana individu, tetapi dia cuma ingin mendidik netizen untuk percaya sesuatu maklumat berdasarkan bukti. Bahkan dalam Islam juga ada mengajar kita konsep tabayyun yang bermaksud selidik dengan teliti.

Walaupun begitu, isu ini telah mendapat reaksi yang pelbagai dari netizen. Ada yang masih setia, dan ada juga yang terus boikot. Alahai, kalau bukan susu milik orang Melayu, tak boleh minum ke?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu