Connect with us

Malaysia

Kembali aktif di IG, Ini Reaksi Wargamaya

Published

on

MALAYSIA: Hampir seminggu dibebaskan daripada tahanan reman atas dakwaan salah laku sksval, pendkwah muda Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullai kembali aktif di Instagram.

Menerusi Insta Story, Da’i Syed dilihat ada memuat naik beberapa nukilan isi hatinya sepanjang dia berada di dalam lokap tahanan selama 13 hari.

Dalam pada itu, seorang rakannya yang juga penyanyi Ryan Deedat memuat naik video sedang makan bersama pendakwah tersebut di media sosial. Da’i Syed dilihat ceria, sempat mengalunkan sedikit lagu berbahasa Arab buat para peminat yang merinduinya.

Perkongsian video di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatnya yang tidak sabar dan rindu untuk melihat Da’i Syed kembali beraksi di Live Instagram seperti biasa.

“Makcik Kantin Pun Dah Kenal Siapa Da’i Syed”

Sebelum ini kurang dikenali ramai, k0ntr0versi terpalit Da’i Syed sekaligus menaikkan nama pendakwah itu sehingga dirinya menjadi lebih terkenal. Perkara itu turut diakui pengurusnya, Mohd Aizat Jaafar.

Menurut Aizat, orang ramai kini lebih mengenali pendakwah berkenaan susulan k0ntr0versi tersebut sehinggakan makcik kantin juga turut kenal siapa Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful.

“Diakui k0ntr0versi yang melanda sedikit sebanyak menaikkan nama dan lagu nyanyian Syed. Kalau dulu memang ramai tak kenal, tapi sekarang berbeza. Makcik kantin di mahkamah pun sudah kenal dia.

“Bagi saya, apa yang terjadi ada hikmah di sebaliknya. Selain menaikkan namanya, mungkin selepas ini dia boleh menggunakan peluang itu untuk berdakwah dan berkongsi perkara kebaikan,” katanya.

Ditanya mengenai kerjaya nyanyian Da’i Syed, pengurusnya berkata pihak pengurusan sudah ada perangangan terbaru untuknya namun ia bergantung kepada kesediaan dan emosi pendakwah itu.

“Buat masa ini tengok keadaan emosi dia dulu. Cuma, pihak pengurusan memang sudah ada perancangan untuk dia, tapi perlu memastikan dia betul betul bersedia dan bersemangat untuk kembali aktif

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu