Connect with us

Kewangan

Kerajaan Malaysia akan dapat bayaran tunai RM10B daripada Goldman Sachs September ini

Published

on

Kerajaan Malaysia akan dapat bayaran tunai RM10B daripada Goldman Sachs September ini

MALAYSIA: Dalam satu perkembangan terkini isu 1MDB, Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM10.6 billion daripada Rm16.6 billion yang telah dipersetujui.

Persetujuan diantara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs Group Inc adalah untuk menyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan dengan urus niaga bagi 1MDB, dalam tempoh 2 bulan.

Menurut Menteri Kewangan Malaysia, baki sebanyak RM5.9 billion pula akan dibayar selepas aset yang berkaitan dengan hasil diseleweng melalui urus niaga itu dikembalikan semula kepada kerajaan.

“Untuk pengetahuan, kita telah mendapat tunai sebanyak RM2.6 billion sebelum ini daripada Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat”

“Manakala jumlah keseluruhan sebanyak RM10.6 billion akan diterima dalam masa 2 bulan lagi, bakinya pula akan diberi kepada kita apabila kita mendapat semula beberapa aset” – Tengku Zafrul Menteri Kewangan Malaysia.

Menurut Tengku Zafrul, wang tersebut akan disalurkan ke satu tabung amanah yang telah ditubuhkan hanya untuk membayar hutang 1MDB. Apabila ditanya oleh wartawan adakah duit tersebut mampu untuk membayar hutang 1MDB.

Menteri Kewangan mengatakan bahawa wang itu akan banyak membantu terutamanya dari segi pembayaran bon syarikat itu yang matang pada 2022 dan 2023 nanti.

Menteri Kewangan turut memaklumkan bahawa penyelesaian itu membabitkan antara kerajaan Malaysia dan Goldman Sachs, bukan diantara dua orang pegawainya iaitu Tim Leissner dan Roger Ng yang terbabit dengan skandal 1MDB.

Bagi pengetahuan semua, Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata bahawa Goldman Sachs Group Inc bersetuju bagi membayar sebanyak RM16.6 billion untuk menyelesaian tuntutan tertunggak berkaitan dengan 3 urus niaga bon yang telah disusun dan diatur oleh Goldman Sachs bagi 1MDB.

Penyelesaian itu ialah merangkumi pembayaran tunai sebanyak RM10.6 billion dan jaminan untuk pengembalian penuh berjumlah sekurang-kurangnya AS1.4billion dari segi aset yang berkaitan dengan hasil yang telah diseleweng melalui 3 urus niaga bon.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu