Connect with us

Malaysia

Terkini: Ini yang terjadi ke kerajaan negeri Sabah – Shafie umum bubar DUN

Published

on

Terkini Ini yang terjadi ke kerajaan negeri Sabah - Shafie umum bubar DUN

MALAYSIA: Sabah kini sedang mempunyai konflik politik yang padu selepas Musa Aman yang merupakan veteran politik mengatakan sudah mempunyai majoriti yang cukup bagi membentuk kerajaan negeri.

Sebentar tadi Ketua Menteri Sabah, Datuk SEri Shafie Afdal telah masuk ke Istana bagi membuat perbincangan. Dan beliau mengumumkan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Perkarai ni diumumkan olehnya selepas membuat sidang media akhbar tergempar sebentar tadi. Menurut Ketua Menteri tersebut, beliau telah memaklumkan perkara ini keapda Tuan Yang Terutama Sabah, Tun Juhar Mahiruddin ketika perjumpaan lewat malam tadi.

Menurutnya beliau mempunyai kuasa bagi mencadangkan perkara tersebut kepada Tuan Terutama bagi membubarkan DUN. Namun begitu, ia terserah kepada budi bicara Tuan Yang Terutama bagi menerimanya atau tidak.

“Setelah buat surat semalam, saya bertemu dengan TYT untuk menyerahkan surat (permohonan pembubaran DUN).

“Selepas itu pagi tadi bertemu TYT dan TYT memperakui untuk membubarkan Dewan,” katanya dalam sidang media yang turut disertai sejumlah Adun yang menyokongnya.

“Apa pun cerita mereka mahu pergi istana mahu angkat (sumpah) sana angkat sini, Dewan sudah dibubarkan,” katanya lagi.

Sementara itu belas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dijadualkan akan turut mengadakan satu sidang akhbar di kediamannya di Kota Kinabalu pada 12 tengah hari nanti.

Terdahulu, Musa ketika mengadakan sidang media di kediamannya di Luyang, Kota Kinabalu, mendakwa memiliki majoriti sekaligus mengantikan kerajaan pimpinan Shafie.

Pada sidang media itu turut kelihatan beberapa Adun Warisan hadir yang menyatakan sokongan kepada Musa.

Tambah Musa, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan ADUN yang akan ditandatangani dalam tempoh terdekat.

Untuk rekod, Dun Sabah terdiri daripada 60 kerusi wakil rakyat. Lima lagi merupakan kerusi Adun dilantik.

Bagaimanapun difahamkan bahawa Adun dilantik tidak dapat menentukan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri.

Ikuti kami di Channel Telegram Malaysia Terkini klik: https://t.me/malaysiaupdate24
Berita lanjut akan dikemaskini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu