Connect with us

Malaysia

Kes cov-19 akan naik secara mendadak, Kadar kini 1.6 – Dr Noor Hisham

Published

on

Kes cov-19 akan naik secara mendadak, Kadar kini 1.6 - Dr Noor Hisham

MALAYSIA: “Kegembiraan terlalu awal menyebabkan kita akan berduka suatu hari nanti”. Itulah gambaran awal yang diberikan oleh Dr Noor Hisham sebelum ini apabila masyarakat mula lupa dengan penangan cov-19.

Oleh itu, kini Kementerian Kesihatan Malaysia telah memberi amaran awal bahawa Malaysia bakal menyaksikan lagi peningkatan kes jangkitan cov-19 secara mendadak dalam masa terdekat sekiranya kadar kebolehjangkitan mencapai 1.6 keatas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, pertambahan kes baharu menyebabkan kes pada bulan Julai pada kadar 63 kes dan hari ini mencatat angka berganda iaitu 143 kes.

Untuk pengetahuan semua, Datuk Dr Noor Hisham memaklumkan bahawa sebelum Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan kadar kebolehjangkitan atau R-Naught adalah berada pada tahau 3.55 yang bermakna seorang akan menjangkiti 3.55 orang.

Selepas sahaja Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan Malaysia berjaya mengurangkan perkara tersebut kepada 0.3 iaitu. Bermakna dalam fasa pemulihan sehingga 1 Julai lalu kes yang dicatatkan hanya satu angka sehingga berjaya beberapa kali mencapai angka sifar.

“Tetapi kini kita menyaksikan bahawa pertambahan kes baharu. Kita dapat melihat kebolehjangkitan kita setakat 9 Julai menjadi 63 kes dan hari ini angka berganda sebanyak 143 kes.”

“Ini menyebabkan kita bimbang apabila semakin ramai akan dijangkiti cov dan hari ini bacaan adalah 1.36, jadi apa yang merisaukan kita adalah ia mencapai lebih 1.6 beerti kita akan mendapatkan peningkatan kes secara mendadak dalam tempoh masa terdekat lagi”

Jadi disebabkan perkara tersebut, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru semua rakyat agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) kesihatan awam yang mensyaratkan 3 perkara iaitu pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial satu meter dan pencucian tangan dengan kerap.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu