Connect with us

Malaysia

Kes Hari Ini 432 orang. Paling Tinggi Pernah Direkodkan Sejak 2019

Published

on

Kes Hari Ini 432 orang. Paling Tinggi Pernah Direkodkan Sejak 2019

MALAYSIA: Penularan CoV-19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes hari ini, iaitu jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangk1tn meningkat kepada 2,336 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Katanya, ada 57 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada CoV-19 sebanyak 10,340 kes.

“Sehingga kini, 32 pesakit positif CoV-19 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, tiada kematian berkaitan jangk1tn CoV-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) setakat 12 tengah hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kekal 137 kes.

Menteri Agama Positif Cov-19

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif CoV-19.

“Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif CoV-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan CoV-19 di klinik kesihatan dengan segera.

“Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada CoV-19. Insya-Allah,” katanya.

Beliau yang dijadualkan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ar Rahnu YaPEIM di ibu negara hari ini juga tidak hadir pada program berkenaan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, pada hari ini, seorang individu yang menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada 3 Oktober lalu disahkan positif jangk1tn CoV-19.

Beliau berkata, pada ketika itu, beliau tidak mengalami sebarang gejala jangk1tn CoV-19.

“Oleh yang demikian, kini beliau dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan mengikut protokol sedia ada bagi kes disahkan positif CoV-19.

“Pengesanan dan siasatan kontak kepada individu sedang dijalankan, termasuk saringan gejala dan pengambilan swab bagi pengesanan jangk1tn CoV-19

“Kontak rapat yang dikenal pasti diberikan Surat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak),” katanya.

Menurutnya, semua yang hadir ke mesyuarat itu sudah menjalani saringan kesihatan hari ini serta sampel diambil untuk ujian pengesanan jangk1tn CoV-19.

“Mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat diberikan HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober dan dipakaikan gelang pengawasan.

Manakala ahli mesyuarat yang lain pula yang bukan kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

“Mereka dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan,” katanya.

KKM ingin memohon orang ramai agar tidak khuatir dengan kejadian ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.

Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status jangk1tn CoV-19 di Malaysia dari semasa ke semasa secara kenyataan media rasmi KKM.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu