Malaysia
Kluster Sivagangga: Berhak minta ganti rugi, Saman pemilik Restoran Nasi Kandar tu – Wargamaya
MALAYSIA: Kluster Sivagangga terus menjadi antara kluster terbesar yang sedang aktif di Malaysia buat masa ini. Kluster yang bermula dengan seorang lelaki melanggar arahan kuarantin telah menyebabkan orang ramai menjadi mangsa.
Bukan sahaja belia, tetapi kanak-kank dan warga emas turut menjadi mangsa disebabkan kedegilan seorang individu. Berikut kami kongsikan kepada anda coretan seorang penulis Harakah Daily.
Menurutnya bukan mahu untuk menghukum punca utama kes tersebut tetapi beiau terpanggil untuk mencoretkan beberapa perkara atas dasar keadilan. Menurutnya perbuatan tidak mematuhi kuarantin tersebut dikira berdosa kerana dua perkara.
Yang pertama kerana telan melanggar amalan Nabi saw untuk berkuarantin berdasarkan kepada hadis shahih. Kedua melanggar arahan ullil amri atau pemerintah yang telah memberi arahan.
Kedua, beliau perlu bertanggungjawab terhadap semua yang berjangkit. Sekiranya dosa yang dilakukan berkait sesama manusia, tidak cukup dengan sekadar bertaubat. Beliau perlu memohon maaf terhadap semua yang terkesan dengannya.
Ketiga, semua yang berjangkit berhak untuk menuntut ganti rugi dengan beliau. Wajib kepadanya membayar pampasan setimpal selagi mampu. Namun kadarnya boleh diperhalusi apakah jangkitan itu berlaku kerana orang dijangkiti mengikut SOP penjarakan sosial (fizikal) ataupun tidak.
Keempat, kadar denda yang dikenakan kerajaan terhadapnya haruslah mengambil kira semua kerugian yang ditanggung kerajaan dan juga orang awam yang terlibat. Kerajaan kemudiannya perlu menggunakan denda terbabit untuk memulihkan keadaan sama ada dengan menanggung kos operasi pemulihan dan juga memberikan pampasan kepada yang berjangkit.
Hukuman yang dicadangkan terhadap beliau ini dirasakan lebih adil kerana ianya membabitkan kecuaian beliau sendiri yang tidak mematuhi arahan. Bahkan agak tidak adil untuk kerajaan membelanjakan wang kerajaan yang berpunca daripada wang rakyat untuk menanggung kos daripada kesalahan beliau seorang.
Walau bagaimanapun, saya kurang pasti adakah perkara ini bertentangan dengan semangat Undang-undang Negara ataupun tidak. Namun setakat ilmu saya, inilah semangat Perundangan Islam. Jika beliau tidak dipertanggungjawabkan di dunia, belum tentu ia tidak akan dipersoalkan di hari akhirat.
Semoga kita semua mengambil iktibar daripada kes ini. Bukan untuk menghentam mana-mana pihak.
Saman
Jika dilihat di media sosial ada warga maya meluahkan rasa tak puas hati dan meminta ada pihak yang menyaman pemilik Restoran tersebut.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera