Connect with us

Kewangan

KWSP bukan Bantuan Kerajaan, Pencarum “Tak Layak” Dijangka peroleh hak sama kata Pakar Ekonomi

Published

on

KWSP bukan Bantuan Kerajaan, Pencarum Tak Layak Dijangka peroleh hak sama kata Pakar Ekonomi

MALAYSIA: KUALA LUMPUR – Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan muflis sekiranya mengeluarkan simpanan dari akaun 1 sebanyak RM10,000.

Lagipun, ramai pencarum berkemampuan tidak akan mengeluarkan simpanan, melainkan bagi golongan yang benar-benar terdesak memerlukan kewangan sahaja.

Justeru, Ketua Pergerakan Wirawati Putra Malaysia, Dr. Asmah Razalli meminta kerajaan menarik balik semua syarat yang dikenakan sebelum ini, kerana menyukarkan rakyat untuk mendapatkan wang mereka sendiri.

“Saya suka dan kagum dengan kesungguhan pengurusan KWSP membuat pelbagai kriteria serta info grafik. Saya ada cadangan sangat mudah, buka sahaja secara automatik.

“Semua permohonan hanya perlu bukti pengesahan sebagai ahli KWSP sahaja untuk i-Sinar. Harap segerakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr. Asmah berkata, bukan semua ahli mahu atau teringin memohon untuk memgeluarkan wang mereka.

Malah, mereka selaku pencarum lebih bijak memahami status kewangan.

“Individu yang mampu tidak akan sama sekali terfikir untuk mengusik simpanan hari tua mereka. Rakyat semakin bijaklah.

“Individu yang memohon adalah mereka yang benar-benar memerlukan wang caruman sendiri untuk apa sahaja keperluan dan tanggungan. Wang mereka hak mereka.

“Ini bukan pinjaman bank, juga bukan bantuan kerajaan, tidak perlu bersusah payah berlebih-lebih mengadakan syarat seolah-olah memanipulasi ini seperti sebuah pinjaman. Kasihan rakyat,” katanya.

Kata beliau, rakyat bekerja dan berpendapatan, mereka boleh terus mencarum semula selepas ini, apa masalahnya.

“Masalahnya bila rakyat hendak menggunakan wang sendiri, tetapi bagaikan ingin meminjam meminta sedekah pula.

“Lebih bermasalah kalau ada yang bunuh diri, gadai segala harta benda hanya kerana jalan untuk menggunakan akaun 1 dihalang oleh mereka yang mentadbir.

“Jangan main-main dengan masalah kewangan, rumah tangga boleh hancur. Janganlah susahkan benda mudah. Melainkan benda itu “tiada”,” ujarnya.

Beliau turut kecewa apabila, i-Sinar hanya boleh dimohon akhir Disember ini, sedangkan rakyat hendak menggunakan wang itu sekarang. – MalaysiaGazette

Pencarum tidak layak dijangka peroleh hak sama

SHAH ALAM – Kriteria-kriteria tertentu bagi pengeluaran caruman akaun satu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah wajar memastikan hak-hak mereka yang memerlukan sahaja yang dapat membuat pengeluaran.

Pakar Kewangan, Rohani Mohd Shahir bagaimanapun berkata, beliau yakin mana-mana pemohon yang memerlukan namun tidak menepati kriteria kelayakan tetap akan ‘diraikan’ KWSP seterusnya memperolehi hak mereka yang sewajarnya.

Dalam hal tersebut, katanya, pemohon perlu berusaha mengemukakan rayuan yang sahih melalui saluran yang betul.

“Kriteria itu perlu wujud supaya ada hak-hak mereka yang perlu sahaja dibenarkan membuat pengeluaran.

“Namun dari segi mereka yang memerlukan tapi dari segi kriteria anda tidak layak, saya yakin KWSP akan meraikan permohonan anda.

“Sertakan apa dokumen-dokumen sampingan dan bagitahu kenapa anda layak dapat pengeluaran. Jika sahih dan boleh dipercayai, saya rasa itu masih boleh dipertimbangkan,” katanya selaku panelis Wacana Sinar Harian siri 214 bertajuk ‘I-Sinar: Kenapa Tak Lulus Tanpa Syarat?’ yang berlangsung di Kumpulan Karangkraf di sini semalam.

Wacana dikendalikan oleh Harleena Pahlavy itu turut menampilkan dua lagi panelis iaitu penganalisis ekonomi, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dan Penyelidik Kanan DM Analytics, Zouhair Rosli.

Sementara itu, Rohani berkata, dalam soal penggunaan dana masa depan, setiap individu perlu meletakkan matlamatnya di hadapan dan membuat pertimbangan berdasarkan keperluannya dengan lebih teliti.

“Kalau kita pilih keluarkan dana sepatutnya untuk bersara, kita buat pertimbangan yang berhati-hati dan buat ia sebagai pilihan terakhir. Pastikan pengeluaran itu nanti diletakkan di satu tempat yang akan menghasilkan pulangan yang lebih baik.

“Kalau yang perlu untuk kehidupan, keperluan kesempitan hidup perlu diselesaikan dulu, barulah kita boleh langsungkan kehidupan.

“Namun jika tidak dikeluarkan, jumlah RM10,000 itu boleh digandakan kepada RM27,000 dalam masa 25 tahun lagi berdasarkan empat peratus dividen KWSP. Bagi RM60,000 pula boleh digandakan kepada RM163,000,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, usaha membantu rakyat meneruskan kelangsungan hidup tidak seharusnya diletakkan atas bahu KWSP sahaja, sebaliknya perlu digembeling secara bersama oleh semua agensi yang bertanggungjawab dan mempunyai keupayaan.

“Agensi zakat negeri, perbankan Islam juga salurkan bantuan menerusi program-program CSR mereka,” katanya.

CEO KWSP give up?

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mengalah (give up) dengan isu pengeluaran Skim i-Sinar yang masih belum memuaskan hati pecarum-pencarum di negara ini.

Lantaran itu, Tunku Alizakri didakwa ‘menendang bola’ kepada Lembaga Pengarah KWSP dan Menteri Kewangan dalam menangani isu tersebut.

Ia susulan kenyataan terbaharu KWSP malam tadi yang memaklumkan organisasi itu sentiasa mengambil berat setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

Menurut KWSP, setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Kata KWSP lagi, berhubung permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat di bawah kemudahan i-Sinar, pihaknya akan membawa perkara berkenaan kepada perhatian dan pandangan Kementerian Kewangan.

”Pendapat saya ialah CEO KWSP sudah give-up dan telah tendang bola kepada Lembaga Pengarah serta Menteri Kewangan.

”Mesej yang CEO nak sampaikan dalam kenyataan terbaru ini ialah jika Lembaga Pengarah dan Menteri Kewangan tak luluskan, jangan salahkan dia lagi,” kata Najib lagi. – MalaysiaGazette

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu