Malaysia
KWSP: Cadangan keluarkan RM2000 setiap bulan sebanyak 5 kali
MALAYSIA: Pemuda Umno Johor menyarankan pengeluaran caruman Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersyarat dengan maksimum RM2,000 sebulan selama lima bulan.
Ketua Pemuda Umno Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata. syarat pengeluaran itu perlu dilakukan secara bersasar iaitu kepada golongan benar-benar terjejas dan memerlukan sahaja.
“Pengeluaran bukan dibuat secara sepenuhnya atau lump-sum, tetapi dibayar secara bulanan, misalnya RM2,000 maksimum setiap bulan untuk jangka masa lima bulan.
“Menerusi cara itu, duit itu dapat dibelanjakan rakyat secara berhemah, sekali gus membantu mengurangkan beban rakyat kerana keadaan ekonomi belum pulih susulan penularan Cooviid-19,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun 1 caruman KWSP untuk digunakan rakyat yang berdepan wabak Cooviid-19 berikutan pencarum akan berhadapan masalah lebih besar di masa hadapan.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan KWSP membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 secara one off bagi mengharungi cabaran berikutan impak penularan waabaak Cooviidd-19.
Sukar kerajaan benarkan pengeluaran akaun 1 KWSP
Perdana Menteri membayangkan sukar bagi kerajaan membenarkan pengeluaran wang Akaun Satu caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi digunakan rakyat yang berdepan pandemik Cooviid-19.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau menyedari ada cadangan yang dibuat bagi pengeluaran wang Akaun Satu KWSP dibuat berikutan rakyat terbeban dengan impak ekonomi akibat penularan berkenaan.
“Saya nak beritahu sukar untuk kita menimbangkan perkara berkenaan (benarkan pengeluaran wang akaun satu KWSP), bukan kerana kerajaan tidak mahu.
“Memang ramai yang teks saya berkata ‘tolonglah Tan Sri, kami susah’. Sekarang pun tanpa mengeluarkan simpanan itu kita sudah menyediakan berbilion ringgit bagi membantu rakyat.
“Jika kerajaan benarkan perkara itu dilaksanakan dengan mengeluarkan segala simpanan KWSP yang masih berbaki, saudara akan hadapi masalah yang lebih besar di masa hadapan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Koperasi Sungai Terap/Sungai Raya Muar Berhad di Dewan Sri Permata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir, dekat sini, hari ini.
Isnin lalu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan mencadangkan KWSP supaya membenarkan pencarum untuk mengeluarkan maksimum RM10,000 secara one off bagi mengharungi cabaran berikutan impak penularan wabak Cooviid-19.
Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion sebelum ini bagi melaksanakan pakej rangsangan bagi membantu meringankan beban rakyat.
“Ini semua dilakukan bagi membantu meredakan bebanan rakyat dan kerajaan sudah bantu hampir sembilan juta rakyat terjejas.
“Belanjawan 2021 nanti akan ada lebih banyak langkah yang akan diumumkan bagi meringankan beban rakyat.
“Sebelum ini juga kerajaan sudah membenarkan rakyat mengeluarkan caruman KWSP dari Akaun Dua,” katanya.
-
Malaysia4 years ago
Esok sudah “Wajib pakai Mask” atau didenda RM1000, ini 4 golongan tak disaran pakai Mask
-
Malaysia4 years ago
Rasmi: UMNO tarik diri dari Perikatan Nasional, Kekal bersama MN – Zahid
-
Malaysia4 years ago
Kes cov-19 libatkan Kanak-kanak Pra Sekolah – Pengarah Kesihatan Negeri
-
Malaysia4 years ago
Isytihar Zon Merah pertama selepas PKP, Larangan Rentas Daerah
-
Malaysia4 years ago
Terkini: 2 Pelajar sekolah rendah positif Cov-19 kluster Sivagangga
-
Malaysia4 years ago
Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif
-
Kewangan4 years ago
Terkini Najib didapati Bersalah, Ini Hukuman yang bakal diterimanya
-
Malaysia4 years ago
H1na Rupa Fizikal Dnda sebanyak RM50K dan 1 Tahun Pnjara. Ini Nilai dan Tvntutan Kepada Eira Aziera