Connect with us

Malaysia

Lebih 52 peratus setuju untuk “Sekat” rentas negeri Aidiladha – HM

Published

on

Lebih 52 peratus setuju untuk Sekat rentas negeri Aidiladha - HM

MALAYSIA: Sekiranya hari raya Aidilfitri ramai dikalangan rakyat Malaysia terpaksa berjauhan dengan keluarga selepas kerajaan tidak membenarkan sebarang aktiviti rentas negeri. Adakah perkara sama akan berulang untuk hari raya Aidiladha ?

Keputusan kerajaan masih lagi belum keluar untuk perkara ini dan ia akan diumumkan selepas perbincangan dilakukan pada hari ini kata Menteri Kanan kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Undian yang dibuat oleh akhbar tempatan iaitu Harian Metro di Twitternya dan di Facebook Harian Metero bagi melihat pandangan pengikutnya adakah wajar untuk membuat sekatan semula rentas negeri menjelang Aidiladha ini.

Keputusan

Undian yang dibuat selama 14 jam itu telah berjaya menarik undian sebanyak 85100 di akaun Facebook Harian Metro dengan 57% atau lebih 48 ribu orang menyokong cadangan larangan rentas negeri dilaksanakan semula.

Manakala di Twitternya yang diikuti 6110 undian seramai 3177 atau 52% telah bersetuju dengan cadangan tersebut.

Malah ada diantara pengguna media sosial memberi pandangan mengatakan larangan rentas negeri adalah wajar bagi kebaikan semua pihak selagi pandemik cov-19 ini tidak hilang. Jadi semua orang harus ikut norma baru dan prosedur yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

“Saya ni sudah lama tidak jumpa mak dan bapa nun jauh di Sarawak. Hati ini kuat betul nak balik tapi memikirkan risiiko itu sangat-sangat besar, jadi hanya mampu untuk buat “Video Call” (panggilan video) sahaja. Insha Allah jaga mereka” – ujar seorang pengguna

Ada juga yang berpandangan bahawa sekiranya tidak dibuat larangan takut-takut nanti kes mula naik secara mendadak. Ini sangat membimbangkan katanya.

Namun begitu ada juga dikalangan warga maya yang tidak setuju dengan alasan sudah lama tidak berkumpul dengan saudara mara. Ada yang mengatakan bahawa suaminya frontliner dan hanya dapat cuti time Aidiladha ini sahaja maka berikanlah peluang untuk mereka berkumpul bersama keluarga.

Jadi sekiranya anda adalah rakyat Malaysia, apakah anda setuju untuk kerajaan memperkenalkan semula larangan rentas negeri?

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu