Connect with us

Malaysia

Berhak Lompat Parti, Lompat Parti Kh1anat Amanah Rakyat – Tun Mahathir

Published

on

MALAYSIA: Tun Dr Mahathir Mohamed bukan lagi individu as1ng dalam dunia politik Malaysia. Beliau berjaya membuat beberapa sejarah besar dalam dunia politik tempatan.

Tapi tahukah anda? Tun Dr Mahathir telah memuat 2 pendapat berbeza mengenai lompat parti. Perkara ini telah dis1ndir oleh bekas Perdana Menteri ke-6 Najib Razak dalam akaun facebooknya.

SOALAN OBJEKTIF PT3:(Pilih jawapan yang paling tepat.) “Adakah lompat parti dibenarkan?”

(a) “Mana-mana individu berhak untuk melompat parti. Kita adalah sebuah kerajaan yang demokratik. Kita percaya pada demokrasi dan demokrasi membenarkan ‘katak’ melompat,(b) “Lompat parti umpama kh1ianat amanah rakyat”

(c) Lompat masuk parti kita, OK. Lompat keluar parti kita, kh1ianat!

(d) Malas nak jawab. Melayu mudah lvpa.

(e) Semua di atas.

Berhak lompat parti – Tun M

Dalam satu artikel yang dimuat naik oleh Harian Metro pada 8 Disember 2018:TUN Dr Mahathir Mohamad berkata, mana-mana individu berhak untuk melompat parti sekiranya mereka mahu berbuat demikian.

Perdana Menteri berkata, Malaysia adalah negara yang mengamalkan demokrasi dan sistem itu membenarkan ‘amalan lompat parti’ dilakukan.

“Kita adalah sebuah kerajaan yang demokratik. Kita percaya pada demokrasi dan demokrasi membenarkan ‘katak’ melompat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya bilakah kerajaan akan menggubal akta yang mengharmkan individu melompat parti kerana amalan itu melahirkan ramai ‘katak’ yang antaranya melompat masuk ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu dan Timbalan Presiden DAP, Gobind Singh Deo.

Beberapa ahli politik UMNO baru-baru ini memilih untuk menyertai BERSATU, antaranya Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin ES Abd Samad.

Lompat parti umpama kh1ianat amanah rakyat: Dr Mahathir

Manakala pda 2 ogos 2020: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan wakil rakyat supaya tidak melvpakan janji ketika Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan mandat yang telah diberikan rakyat selepas dipilih.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, rakyat berhak menerima pemerintah lama atau menukar parti kerajaan yang baharu dan ahli politik perlu menghargai majoriti rakyat itu sebagai satu tanggungjawab.

“Masalahnya di negara kita, setelah rakyat pilih kerajaan, ada cara-cara yang mereka guna untuk menidakkan pilihan rakyat. Ini saya fikir sesuatu yang tidak baik, tidak patut dilakukan kerana kita buat janji kepada rakyat, kerana janji kita itu, maka rakyat sokong kita dan kita menang.

“Kita mesti tunaikan janji, tetapi sebaliknya walaupun kita telah janji, kita gunakan tempat (kedudukan) kita itu untuk menolak pilihan rakyat. Ini tidak baik, atau ada cara boleh buat demikian, kita tidak harus buat demikian. Kita perlu pegang pada prinsip,” katanya dalam forum edisi khas bertajuk ‘Wawasan 2020’ malam tadi.

Beliau menjawab soalan pelayar berhubung tindakan beberapa wakil rakyat ‘lompat parti’ untuk menyokong bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang cuba menjatuhkan kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan).

Dr Mahathir berkata, wakil rakyat tidak patut mengubah pegangan dan prinsip mereka walaupun parti yang disertainya beralih arah atau menyimpang daripada matlamat asal perju angan dan penubuhannya.

“Apa yang berlaku kadang-kadang bukan parti yang menyeleweng tetapi janji manis pihak lain. Kita lvpa janji yang dibuat terhadap rakyat. Kita t1nggal parti kita. Ini tidak baik bagi sesebuah negara demokratik kerana kita abaikan janji kita pada rakyat,” katanya.

Sebelum ini, DAP Sabah mendkwa tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu ditawarkan wang dan jawatan supaya berpaling tadah berikutan desas-desus kerajaan negeri akan jatuh ke tangan pembangkang.

Dua daripadanya ialah ADUN Kapayan, Jannie Lasimbang dan ADUN Elopura, Calvin Chong membuat laporan polis berhubung kehadiran ejen politik di kediaman mereka untuk memberi tawaran melompat parti.

Jannie membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang manakala Calvin membuat laporan di Balai Polis Sandakan.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Jannie berkata, beliau didatangi tiga lelaki di kediamannya yang mendkwa mewakili anak seorang kenamaan juga ahli politik di Sabah untuk menyampaikan tawaran berkenaan.

Sementara itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula bertindak memecat Naib Ketuanya di Sabah dan ADUN Inanam, Kenny Chua serta-merta yang dilihat menghadiri sidang media Musa untuk mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah bagi membentuk kerajaan negeri baru.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kemudiannya mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah pada 30 Julai lalu.

Mohd Shafie membuat pengumuman berkenaan pada sidang akhbar khas di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah di sini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terpadu